Sunday, 13 May 2012

Broken heart..

Tidak sedar kali yang ke berapakah ia berlaku.
Ya, setiap yang diuji pastinya kerana Dia tahu kekuatan hambaNya.
Kadang kala penat benar hati diuji, bimbang juga kalau terluah pada masa dan tempat yang tidak kena.
Ingin rasanya semua derita perasaan ini terhenti, walau tiba-tiba.
Sakit, perit tak dapat digambarkan pabila menanggung 'cinta' yang tidak pernah diundang.
Sedangkan 'cinta' itu tidak tahu tentang 'cinta' ini, dia sentiasa bersahaja.
Rasa ingin marah terhadap 'cinta' ini.
Hampir setiap saat diri perlu melayan sakit 'cinta' ini.
Apakah dosa yang pernah dibuat?
Terfikir diri pernah melukakan hati seseorang, seolah tindakan itu berbalas.
Tapi siapa? Tak pernah sedaya ingatan ini.
Kerana diri bukanlah pilihan mereka, tak lain sekadar mengisi kekosongan.
Mereka ada yang mendekati tapi juga sekadar menumpang kesenangan.
Ada pula yang hadir dalam hidup kerana nafsu semata.
Marah terhadap kaum ini! sehingga bertekad bahawa hati tidak akan mudah melatah.
Namun hari ini, diri kalah... terlalu penat menyimpannya. Hanya Dia mengetahui.
Diri pasti 'cinta' itu tidak pernah tahu.
Doa diri pada 'cinta' itu, moga dia bahagia dengan kehidupannya.
"maafkan diri ini kerana 'cinta' dia tanpa pengetahuannya"
Malu rasanya dengan diri dan hati ini, suka-suka jatuh cinta pada 'cinta' itu.
Tak sedar diri benar.
Terkadang diri berharap, akan ada peristiwa yang menyedarkan 'cinta' ini tentang kedudukan diri dengan 'cinta' itu. Hingga tidak kisah jika 'cinta' itu memalukan diri ini.
Ya Allah.. berikanlah diri kekuatan untuk teruskan hidup tanpa mengharap 'cinta' ini dibalas oleh 'cinta' itu.

Tidak pernah terfikir, hanya kerana 1 teguran dari 'cinta' itu, ia bagaikan virus yang terus merebak dalam diri yang berpusat di  hati ini. Indahnya jika ia berbalas, ahhhhhh!!! sedarlah wahai 'cinta' ini. tiada 'cinta' buatmu. Cukup cukuplah... Ya Allahhhh.....