Kelmarin,
kau dan aku keluar dari kotak kecil yang berbeza,
di satu lantai kita bertemu,
aku lampirkan senyuman kepada seseorang yang aku kenali,
namun diketika itu jua,
kau memandangku,
teruja seketika cuaca hatiku
kau juga lampirkan senyuman,
yang aku harap ia adalah milikku,
ketika aku hampir dengan dinding pemisah,
terasa kau disisi menanti,
kuhulurkan nyawa agar dinding pemisah itu dapat dibuka,
kau juga masih disisiku,
indahnya saat itu,
hany aku yang merasainya,
perjalanan kita teruskan,
kau dan aku sehaluan,
dedaran semakin terasa,
bila ku lihat kau disisi,
berdiri teguh.. seiringku,
ku mahu kau terus disisiku selamanya,
temani aku hingga ke akhir nyawa,
dengan ikatan dari takdir Yang Maha Esa,
renungku menungku,
semua untukmu,
kau yang aku cinta,
ada didepan mata,
masih jauh di hati,
masih jauh dari cintaku,
senyumanmu nyata bukti kau bahagia,
dan aku merana,
Dia tahu temanmu siapa,
semoga kau bahagia,
dengan pilihan hatimu.