Thursday, 22 November 2012

Titisan

Salam mualaik,

2 hari lalu,
tidak disangka,
tiba-tiba hati bagai direntap,
hanya kerana terkedu melihat wajahnya,
sedangkan dia tidak langsung menoleh,

wajah yang dirindui,
wajah yang dicintai,

seharian,
titisan air mata,
menemani diri,
sambil berdoa,
biar keluar semua,
sehinggakan hari esoknya,
tiada apa-apa,

hanya seorang saja yang tahu,
ditemani oleh Yang Satu,
dia tidak tahu,
walau sedikit,

kali ini mungkin susah,
untuk diri melupakan,
kerna dia,
wujud didepan,

apapun,
jika dia bahagia,
diri juga,
walau peneman diri,
adalah air mata,

Ya Allah, sesungguh diri tidak layak buatnya,
kurniakan kebahagian yang dipinta,

Amin...

Tuesday, 24 July 2012

Nyawakah??

Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. tapi alhamdulillah, tidak jugak bg aku, kalo tertinggal.. tinggallah.. takde la resah gelisah, muka bekerut kerut atau putus nyawa macam orang kata tu. hehe.. memang sekarang keperluan. jadi beban kalo missplace atau hilang atau terlupa nak bawak bersama. tapi aku, alhamdulillah.. tak kisah lah, dah jadi apa nak buat. bukan disengajakan punnn..

itupun sejak aku dah takde ma aboh.. kalo tak, gila gaban cari balik kat mana aku letak. ketika itu sah2 aku kata nyawa.. hahahaha... intan payung belum lagi la, aishhh..

semoga dikau selamat disitu wahai talipon berjalan... hurmmm...


Wednesday, 18 July 2012

nasi goreng sardin + petai.. perghhhh menjejeh ayo lio..

teringat satu hari tu,

bermastautin di kg baru, wisma sabarudin, dok tingkat 4 rasanya... dengan kawan2 berlainan jenis kerije. 2 kerije maidin, ehh terlupa.. sorang kerije jab pertanian macam aku gak la.. sorang lagi kerije HKL. sume belum kawin. aku suka masak macam2. sebab di situ, seme ada.... dari makanan basah sampai kering.. org luar pun beli belah situ... sayur segar2..

seronokk..

nasi goreng sardin petai..

aku suka makan sadin... mesti masak pedas kering... letak bawang lada kering yang dikisar sendiri, halia asam keping.. dah masak cili, baru campak petai.. kemudian dah empuk sikit, masuk sadin 1 tin.. letak cili kecik... kaw2 nye pedas.. siapppp... makan...

ada je lebih2 sadin tadi, puhhhh aku buat resepi sendiri. keluarkan asam keping/halia penyetkan ikan sadin (kasi hancuss), kacau2.. bukak api kecik.. dah panas sadin tadi, terus masuk nasi yang di leraikan.. kacau2.. gaul2 dengan sadin sampai sebati.. pehhhh.. menjejehhhh... hahahaha

hidang.... gluppppp!!!... sehingga menjilat 3 jariii (sunnah) hehe... satu rumah suka makan... hari2 buat pun depa sanggup makan.. tak jemu2.. hahahaha mana le tak gemuk mereka itu dan aku :P

aku punn suka derr.... wah wahhh...

1 hari bekerja...

Setiap hari.. hari-hari.. kecuali sabtu ahad, bekerja. cari rezeki... cari apa lagi..

aduhh rasa kelam, buntu, apa nak buat.. ini menaip ketika mengelamun.. apa yang keluar daripada hati.. taip aje kat sini...

macam tiada arah tuju pun ada..

ngantok pun ada.. eh eh... suka hati je kan?
even kalo kompeni sendiri pun mana boleh macam ni.. bankrup le..

arghhhh.... sambung kerije... ramadhan hampir... semakin.... hanya 1 hari lagi.... :)

Sunday, 13 May 2012

Broken heart..

Tidak sedar kali yang ke berapakah ia berlaku.
Ya, setiap yang diuji pastinya kerana Dia tahu kekuatan hambaNya.
Kadang kala penat benar hati diuji, bimbang juga kalau terluah pada masa dan tempat yang tidak kena.
Ingin rasanya semua derita perasaan ini terhenti, walau tiba-tiba.
Sakit, perit tak dapat digambarkan pabila menanggung 'cinta' yang tidak pernah diundang.
Sedangkan 'cinta' itu tidak tahu tentang 'cinta' ini, dia sentiasa bersahaja.
Rasa ingin marah terhadap 'cinta' ini.
Hampir setiap saat diri perlu melayan sakit 'cinta' ini.
Apakah dosa yang pernah dibuat?
Terfikir diri pernah melukakan hati seseorang, seolah tindakan itu berbalas.
Tapi siapa? Tak pernah sedaya ingatan ini.
Kerana diri bukanlah pilihan mereka, tak lain sekadar mengisi kekosongan.
Mereka ada yang mendekati tapi juga sekadar menumpang kesenangan.
Ada pula yang hadir dalam hidup kerana nafsu semata.
Marah terhadap kaum ini! sehingga bertekad bahawa hati tidak akan mudah melatah.
Namun hari ini, diri kalah... terlalu penat menyimpannya. Hanya Dia mengetahui.
Diri pasti 'cinta' itu tidak pernah tahu.
Doa diri pada 'cinta' itu, moga dia bahagia dengan kehidupannya.
"maafkan diri ini kerana 'cinta' dia tanpa pengetahuannya"
Malu rasanya dengan diri dan hati ini, suka-suka jatuh cinta pada 'cinta' itu.
Tak sedar diri benar.
Terkadang diri berharap, akan ada peristiwa yang menyedarkan 'cinta' ini tentang kedudukan diri dengan 'cinta' itu. Hingga tidak kisah jika 'cinta' itu memalukan diri ini.
Ya Allah.. berikanlah diri kekuatan untuk teruskan hidup tanpa mengharap 'cinta' ini dibalas oleh 'cinta' itu.

Tidak pernah terfikir, hanya kerana 1 teguran dari 'cinta' itu, ia bagaikan virus yang terus merebak dalam diri yang berpusat di  hati ini. Indahnya jika ia berbalas, ahhhhhh!!! sedarlah wahai 'cinta' ini. tiada 'cinta' buatmu. Cukup cukuplah... Ya Allahhhh.....

Saturday, 28 April 2012

Syukur..

Nikmat..
Ya Rabbi Alamin..

Alhamdulillah..
Rezekiku cukup!! hingga dapat berkongsi dengan adik beradik. Semoga Allah kekalkan rezekiku ini dan rezeki buat adik beradikku jua, amin.

Cintanya aku padaMu... Alhamdulillahh..

Semoga aku sihat dan akan terus sihat demi adik beradikku.. aminn..

Semoga sahabatku, rakan sejawatku, mereka yang mengenaliku, yang senantiasa mendoakan kebaikan kepadaku, adik beradikku dan arwah orang tuaku.. diberkati, murah rezeki, sihat.. bahagia selamanyaa.. aminn..

Semoga aku dan adik beradikku, senantiasa dibawah perlindunganMu..
Dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan hidup, kuat semangat, kuat pegangan agama, cintakanMu.. dan RasulMu.. terus dan terus hidup walau diduga bagai..

Ampunilah dosa2 arwah orang tuaku.. tempatkan keduanya di ruangan yang indah itu.. syurgaMu....

Ya Allah.. Yang Maha Esa, Engkaulah Yang Maha Satu.. Allahuuu Akbar...

Amanlah Bumi Malaysia.. daripada anasir2 yang mahu merampas dan menjatuhkan Negara dan agama kami...

Aku cinta padaMu... aminnn aminn.. Ya Robballl.. Alaminnn...

Bukakanlah hatimu

Duhai malam..
Teman hati..
Bersama bintang.. yang semakin segan munculkan diri..
Persis hatiku..

Aku juga.. hatiku juga.. menantimu, hatimu..
Benarkanlah.. benarkanlah.. bibirmu turuti hatimu..
Kerna ia adalah ikhlas.. indah..

lafazkanlah.. inginku dengar..
Tika itu.. pasti redup mataku..
Titisan air jernih.. hadir di pipi..
Betapa ia.. yang ku tunggu selama ini..

Akanku tunggu saat itu..
Akanku berikan masa untukmu..
Kerna kaulah impianku..