Saturday, 19 January 2013

Luluh...

Bertarikh 18.1.13...

Seperti yang dirancang, aku menyediakan segala keperluan meeting bersama Pengarah. Harap2 slide aku dapat berikan semangat kepada semua ahli mesyuarat bahawa ada jalan penyelesaian kerja yang dirancang untuk tahun ini. sangat bersemangat, sebab aku dah berpulun berbulan bulan kaji dan kaji definisi paling sesuai digunakan untuk projek yang masih tidak bergerak sepenuhnya... malam tadi, dalam keadaan weng2 (gejala Vertigo) aku dah kumpul semua definisi berkaitan projek itu. ditambah dengan kegelapan setengah jam, telefon maintenance tapi lambat pulak depa bukak lampu. aku minta lampu dipasang sehingga 10.30 pm. dari dalam keadaan gelap, aku rujuk buku 'Keusahawan' kepunyaan aku. Alhamdulillah, hampir penghujung ayat, lampu terpasang. aku rasa legaaa.... maklumat dalam buku tu amat membantu kajian aku selama ini. apa yang aku cari... semua ada disitu....

apa yang tak disangka, macam2 aku rujuk.. tapi semua daripada internet dan 'fail tutup' untuk mencari maksud sebenar 'usahawan' demi mencari fakta definisi dan kesesuaian penggunaan 'usahawan' di dalam projek Jabatan kali ini. Syukur, seribu kali syukur.... semoga apa yang aku jumpa ini akan menjadi titik permulaan yang kukuh dan difahami semua team projek. Tak sangka pulak, buku yang aku keleng hari2, memberikan jalan penyelesaian. tepat jam 10.25pm, aku dapat siapkan slide untuk pembentangan esok hari. hati rasa gemdira... alhamdulillah...

dan jam 3.00 pm, 18.1.13, aku ready dengan slide, Pengarah memberi mukadimah tentang beberapa perkara penting iaitu budget untuk projek yang dirancang ini. Kemudian diteruskan dengan perbincangan maklumat yang ada didalam slide. Perbincangan kemuncak berlaku ketika di slide liputan di Malaysia berkaitan projek 2013, apa yang ada didalamnya selama ini. ketika perbedatan antara ahli berlaku, tiba2 seorang ahli mesyuarat yang 'kuat tidur' terjaga dan terus mengambil buku 'keusahawanan'. pada firasat aku, dia mahu menghilangkan mengantuknya atau untuk cover 'tidurnya'. jadi aku biarkan, asalkan tidak hilang. sebab buku itu adalah azimat!. Syukur aku masih berkeras nak simpan semua buku ketika study dulu. tak sangka, ia telah diangkat oleh aku pada hari ini, setelah 11 tahun tinggalkan dunia study. Syukurr... buku itu penawar kepada 'tidur lenaku' selepas ini.

Namun.....namun (: , luluhnya hati ku... begitu terasa kecewaa... sangat2 kecewa!!
Ya Allah, aku tahu mungkin beliau lebih layak... seolah sia-sia perjuangan aku selama berbulan bulan sehingga aku ketepikan sakit dan cube terbaik siapkan slide dengan maklumat yang aku yakin dapat berikan penyelesaian kekeliruan selama ini. Terlalu luluh hatiku bila, si ahli mesyuarat yang 'kuat tidur' tiba2 bersuara, "Pn, sini ada definisi usahawan!!" kemudian dia terus membacanya....."usahawan adalah....." Pengarah tanya, buku apa yang dibacenye, dan jawab 'si kuat tidur' "Keusahawan"... dan aku pula.. semakin luluh hati..... Ya Allah, aku tersentap, sangat2 tersentap!!... mana tidaknya, dia ambil keratan yang aku tandakan malam tadi, untuk aku ceritakan nanti dan sebagai bukti bahawa definisi ini boleh digunakan dan dapat merungkai penggunaan definisi 'usahawan' selama ini. 

'Si kuat tidur' menjadi bersemangat. dia terus pembacaannya pada semua ahli. Tetapi aku pula tiba2 bersuara lantang " ok puan, buku tu saya dah bace, kesimpulannya usahawan ini memang tiada definisi yang betul2 kukuh, ia berubah mengikut pendapat ahli ekonomi.... ia juge...." belum sempat aku teruskan ayat..... Pengarah meminta aku silence dan beri laluan kepada 'si kuat tidur teruskan bacaanya! dan aku terasa malu sendiri.... Ya Allah.... ketika ini, sangat berat dugaan perasaan ini.... apa yang aku usahakan... ditarik dengan mudah oleh 'si kuar tidur'... aku istigfar..... berkali kali.... luluh hati..... hancur... (sambil dengar 'si kuat tidur' bace, aku scroll laptop ke slide definisi yang dibacenya (yang sepatutnya aku bentangkan dan terangkan kepada semua dan orang lain!!!)..... menangis dalam hati..... sayuuu

Hari itu, aku tak balik awal... aku bukak kembali slide... hanya mampu baca sendiri berkali kali.... apa yang dibaca oleh 'si kuat tidur' sudah aku lampirkan dalam slide ini..... hasrat aku semoga orang tahu aku berjaya selesaikan 1 perkara penting, dan hasrat aku juga ingin merasa puas kerana hasil usahaku berbaloi... tapi... aku kena belajar redha.... walau hati luluh, bagaikan terasa seseorang merampas HASIL usahaku itu. pada aku, orang itu tidak berusaha dapatkan maklumat berkaitan, hanya aku dan aku.... waktu magrib, aku solat sambil menangis... di pejabat... di bilik di suatu aras.... aku nangis sepuas hati.... luluh benar hatiku.... Ya Allahh.... ampuni aku... mungkin aku banyak dosa, sampaikan diuji begini... 'redha' akan ku cube...

Wednesday, 5 December 2012

Biar sampai ke bintang

Ini lagi satu den ok denganye..

Biar mimpi mimpi kita
Jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini

Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerna kita semua tahu
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini

Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Tuk membawa mimpi-mimpi kita
Menuju ke bintang

Thursday, 22 November 2012

Titisan

Salam mualaik,

2 hari lalu,
tidak disangka,
tiba-tiba hati bagai direntap,
hanya kerana terkedu melihat wajahnya,
sedangkan dia tidak langsung menoleh,

wajah yang dirindui,
wajah yang dicintai,

seharian,
titisan air mata,
menemani diri,
sambil berdoa,
biar keluar semua,
sehinggakan hari esoknya,
tiada apa-apa,

hanya seorang saja yang tahu,
ditemani oleh Yang Satu,
dia tidak tahu,
walau sedikit,

kali ini mungkin susah,
untuk diri melupakan,
kerna dia,
wujud didepan,

apapun,
jika dia bahagia,
diri juga,
walau peneman diri,
adalah air mata,

Ya Allah, sesungguh diri tidak layak buatnya,
kurniakan kebahagian yang dipinta,

Amin...

Tuesday, 24 July 2012

Nyawakah??

Kata orang berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. tapi alhamdulillah, tidak jugak bg aku, kalo tertinggal.. tinggallah.. takde la resah gelisah, muka bekerut kerut atau putus nyawa macam orang kata tu. hehe.. memang sekarang keperluan. jadi beban kalo missplace atau hilang atau terlupa nak bawak bersama. tapi aku, alhamdulillah.. tak kisah lah, dah jadi apa nak buat. bukan disengajakan punnn..

itupun sejak aku dah takde ma aboh.. kalo tak, gila gaban cari balik kat mana aku letak. ketika itu sah2 aku kata nyawa.. hahahaha... intan payung belum lagi la, aishhh..

semoga dikau selamat disitu wahai talipon berjalan... hurmmm...


Wednesday, 18 July 2012

nasi goreng sardin + petai.. perghhhh menjejeh ayo lio..

teringat satu hari tu,

bermastautin di kg baru, wisma sabarudin, dok tingkat 4 rasanya... dengan kawan2 berlainan jenis kerije. 2 kerije maidin, ehh terlupa.. sorang kerije jab pertanian macam aku gak la.. sorang lagi kerije HKL. sume belum kawin. aku suka masak macam2. sebab di situ, seme ada.... dari makanan basah sampai kering.. org luar pun beli belah situ... sayur segar2..

seronokk..

nasi goreng sardin petai..

aku suka makan sadin... mesti masak pedas kering... letak bawang lada kering yang dikisar sendiri, halia asam keping.. dah masak cili, baru campak petai.. kemudian dah empuk sikit, masuk sadin 1 tin.. letak cili kecik... kaw2 nye pedas.. siapppp... makan...

ada je lebih2 sadin tadi, puhhhh aku buat resepi sendiri. keluarkan asam keping/halia penyetkan ikan sadin (kasi hancuss), kacau2.. bukak api kecik.. dah panas sadin tadi, terus masuk nasi yang di leraikan.. kacau2.. gaul2 dengan sadin sampai sebati.. pehhhh.. menjejehhhh... hahahaha

hidang.... gluppppp!!!... sehingga menjilat 3 jariii (sunnah) hehe... satu rumah suka makan... hari2 buat pun depa sanggup makan.. tak jemu2.. hahahaha mana le tak gemuk mereka itu dan aku :P

aku punn suka derr.... wah wahhh...

1 hari bekerja...

Setiap hari.. hari-hari.. kecuali sabtu ahad, bekerja. cari rezeki... cari apa lagi..

aduhh rasa kelam, buntu, apa nak buat.. ini menaip ketika mengelamun.. apa yang keluar daripada hati.. taip aje kat sini...

macam tiada arah tuju pun ada..

ngantok pun ada.. eh eh... suka hati je kan?
even kalo kompeni sendiri pun mana boleh macam ni.. bankrup le..

arghhhh.... sambung kerije... ramadhan hampir... semakin.... hanya 1 hari lagi.... :)

Sunday, 13 May 2012

Broken heart..

Tidak sedar kali yang ke berapakah ia berlaku.
Ya, setiap yang diuji pastinya kerana Dia tahu kekuatan hambaNya.
Kadang kala penat benar hati diuji, bimbang juga kalau terluah pada masa dan tempat yang tidak kena.
Ingin rasanya semua derita perasaan ini terhenti, walau tiba-tiba.
Sakit, perit tak dapat digambarkan pabila menanggung 'cinta' yang tidak pernah diundang.
Sedangkan 'cinta' itu tidak tahu tentang 'cinta' ini, dia sentiasa bersahaja.
Rasa ingin marah terhadap 'cinta' ini.
Hampir setiap saat diri perlu melayan sakit 'cinta' ini.
Apakah dosa yang pernah dibuat?
Terfikir diri pernah melukakan hati seseorang, seolah tindakan itu berbalas.
Tapi siapa? Tak pernah sedaya ingatan ini.
Kerana diri bukanlah pilihan mereka, tak lain sekadar mengisi kekosongan.
Mereka ada yang mendekati tapi juga sekadar menumpang kesenangan.
Ada pula yang hadir dalam hidup kerana nafsu semata.
Marah terhadap kaum ini! sehingga bertekad bahawa hati tidak akan mudah melatah.
Namun hari ini, diri kalah... terlalu penat menyimpannya. Hanya Dia mengetahui.
Diri pasti 'cinta' itu tidak pernah tahu.
Doa diri pada 'cinta' itu, moga dia bahagia dengan kehidupannya.
"maafkan diri ini kerana 'cinta' dia tanpa pengetahuannya"
Malu rasanya dengan diri dan hati ini, suka-suka jatuh cinta pada 'cinta' itu.
Tak sedar diri benar.
Terkadang diri berharap, akan ada peristiwa yang menyedarkan 'cinta' ini tentang kedudukan diri dengan 'cinta' itu. Hingga tidak kisah jika 'cinta' itu memalukan diri ini.
Ya Allah.. berikanlah diri kekuatan untuk teruskan hidup tanpa mengharap 'cinta' ini dibalas oleh 'cinta' itu.

Tidak pernah terfikir, hanya kerana 1 teguran dari 'cinta' itu, ia bagaikan virus yang terus merebak dalam diri yang berpusat di  hati ini. Indahnya jika ia berbalas, ahhhhhh!!! sedarlah wahai 'cinta' ini. tiada 'cinta' buatmu. Cukup cukuplah... Ya Allahhhh.....