Operasi Selamatkan Anak Kecil
Pada suatu hari, aku naik bas sekolah macam biasa... waktu tu, aku tingkatan 3 (kalo tak silap). sampai satu port, aku turun dari bas pertama untuk pertukaran bas kedua yang akan bawak aku terus ke sekolah. sementara menanti operasi tukar-menukar, aku berdiri di tepi hujung longkang yang sarat dengan minyak. Minyak2 tu adalah daripada beberapa deretan kedai repair kereta dan motor.. memang punca utama pada banjir kilat area situ la. Tengah asyik melayan pandangan pagi, tengok kenderaan macam2 ke hulu hilir (almaklum port tukar bas tepi jalan sibuk)... aku terdengar sayup2.. uuuuuu..auuuuuuuu... (bunyik macam aku kenal).. telinga aku terus mencari cari dari mana datangnya bunyik tu... aauuuuu... au auuuuu (tersekat sekat)... aaaaauuuuuu.... (sesekali panjang bukyiknya dan agak kasar) sambil amati bunyi tu, aku tercari cari... dan terasa semakin dekat dengan lubang telinga kiriku.
Di kiriku adalah hujung longkang yang aku nyatakan tadi. Tanpe berlengah, terus aku membongkokkan badan untuk melihat lebih dekat, kalau2 ada 'sesuatu' yang hidup didalamnya. Oleh kerana airnya yang terlalu gelap dan pekat berminyak, aku duduk cangkung dan kepalaku semakin menunduk ke dalam lubang longkang tersebut. Tiba2...!!! aauuuuuu uuuu uuuuu.... terkejut aku!! sambil bingkas segera dan menjauhkan diri dari lubang itu, aku menggaru kepala yang tak gatal sambil berpikir apakah bende yang aku dengar dan nampak tadi??... Selang 5 minit, aku terus mencari sesuatu yang boleh aku gunakan untuk sentuh 'bende' yang aku nampak bergerak tadi. Aku macam berada dalam dunia aku sendiri, takde pelajar lain yang sedar akan aksi dan kelakuan pelikku. Kayu yang aku jumpa, aku gunakan untuk menguis 'bende hidup' tadi. Setiap kali terkena tubuhnya.. ia akan bersuara.. aaauuuuuuuuuuu... aauuuuu... (macam sedih lak bunyiknya)...
Sedang asyik menguis nguis, aku disergah oleh seorang sahabat berbangsa cina. Dia bertanyakan apa yang sedang aku lakukan, serta merta aku tunjukkan apa yang aku jumpa didalam lubang longkang tersebut. Sahabatku segera menarik aku supaya menjauhkan diri. Namun aku kembali semula ke lubang tersebut tanpa mengendahkan nasihat sahabatku. Mek cino ni kuat gak membebel.. hehehehhe.. namanya Ai Ling, baik budaknya.. mataku mengerling Ai Ling sambil kayu ditangan terus menguis nguis 'bende hidup' tu. Aku tak sedar sejak bila Ai Ling dah berdiri di belakang aku. "Anak anjinggg laaaaaaa..." tanpa sedar aku bersuara lantang hingga mengejutkan beberapa rakan sekolah lain. Semua sahabatku yang lain merapati lubang longkang sambil menunjukkan memek muka yang 'geli'. "Oi.. ko nak buat apa dengan anak anjing tu? Bia la... haram ko pegang la.. bodo la ko".. sergah seorang pelajar sekolah perempuan (Melayu) padaku. " Ya la.. koto oooo... aku bun (pun) tana pegang rr.." sambung seorang pelajar cina (lelaki). Ai Ling bersuara "Sudah la amoi... nanti haa baju u bun (pun) koto.. kita nak ke sekola maa...".
Aku tidak menghiraukan kata-kata sesiapapun.. aku terus bingkas bangun untuk mencari sesuatu yang bolehkan aku angkat anak anjing dari lubang berminyak tu. Setelah beberapa minit mencari.. aku terjumpa sebuku surat khabar lama atas gerai tak jauh dari lokasi bas kami parking. Aku segera mengambilnya, Ai Ling masih menunggu di tepi longkang tersebut. Matanya mengekor gerak langkahku hinggalah aku sampai di tepinya. "Amoi, u na buat hapa tu?? Macam mana u mau angkat itu anjing haa??" tanya Ai Ling sambil mengerut dahinya. Aku tak menjawab, sebaliknya terus bertindak! Aku bagi beg sekolahku kepada Ai Ling untuk dipegang, aku lapik tepi longkang dengan paper tadi untuk mudahkan aku membongkok dan memudahkan aku mencapai anak anjing tadi... seketika aku berpikir, macam mana nak pegang anak anjing tanpa perlu aku samak.
Kemudian aku ternampak plastik di tepi longkang dan aku teringat aku ada bungkus baju untuk aktiviti sukan. So aku masukkan dua2 tapak tanganku ke dalam plastik baju ku dan dilapik dengan plastik ke 2 yang aku jumpa tadi. Aku amati betul2.. dan yakin tidak ada kebocoran berlaku. Kebetulan dua2 plastik tu besar, so aku mudah untuk genggam si anak anjing tadi. Tapi.. aku berpikir lagi.. mesti tak jadi sebab plastik lawan minyak.. memang tak berjayanya.. jadi aku ambil baki paper tadi beberapa helai, aku masukkan ke dalam plastik beg yang kedua, kemudian aku mendepakan kedua tanganku mengikut lebar saiz plastik tersebut. Dan last sekali, aku pegang beberapa helai kertas dari luar plastik sambil membuat bentuk agak melengkong, dengan harapan mudah untuk aku cengkam badan anak anjing tadi....
"Ai Ling.. letak beg kat tepi, awak tolong pegang pinggang saya... saya mau angkat itu anak anjing sekarang" arahku kepada Ai Ling. Tanpa sepatah, Ai Ling hanya menuruti kataku. Pelajar-pelajar lain ada yang bersuara kegelian dan sedikit maki kepadaku, ada juga setia menunggu untuk melihat aksiku, tak kira lelaki atau perempuan...
Aku kembali membongkok seolah hendak bersujud atas paper yang telah aku hampar di tepi longkang tadi. Ai Ling segera memaut pinggangku.. untuk elak aku terjatuh ke dalam lubang longkang (tak begitu dalam, sekadar dari paras kaki ke peha aja ketinggian longkang tersebut, huhu)... setelah membongkok, aku terus mendepakan tangan sambil selaras dengan kedudukan anak anjing itu tadi.. sambil berdoa pada Allah... agar si anak anjing itu tidak meronta atau mengamuk, maka mudahlah aku memaut badannya untuk dibawa ke atas. Cubaan kali pertama.. gagal.. aku betulkan posisi kedudukan kedua kakiku, bila dah terasa ok dan selaras dengan kedudukan anak anjing tu, aku bongkok sekali lagi.. cengkam badan si kecil dan terus angkat laju2... dan letak di tepi para longkang. Nasiblah si kecil tu kaku sepanjang operasi menyelamat dilakukan. hehehehhe....
Tanpa berlengah, aku bangun dan ambil baki paper yang belum digunakan... mendekati si kecil dan terus membersihkan sebaik mungkin minyak2 yang melekat pada seluruh dirinya. Aku dah tak dengar apa saja percakapan budak2 di sekeliling aku... Ai Ling juga hanya membatukan diri sambil mata tak berkelip perhatian aksi aku. Aku pulak, selagi ada paper.. selagi tu aku tarik habis saki baki minyak di badannya... "Aiii butak2 (budak2) naik bas sikalangggg..." jerit tauke bas sekolah dan terus mematikan tindakan aku membersihkan si kecil tadi. "Alamak.. Ai Ling, macam mana ni?? Sian dia... minyak banyak lagi, hari nak ujan lak... aduhhhh...." sambil mataku melihat sekeliling mencari cari 'sesuatu' lagi yang mungkin boleh bantu si kecil tadi lebih selesa. Dalam keadaan agak kelam kabut... " Oi.. Lu apa bikin??" aku terus terpaku ke satu arah, melihat seorang lelaki cina berjalan ke arahku agak laju.
"Aiyaaaa.... ini aku punya anak oooo.. mana lu jumpa??" tanya lelaki tersebut kepada aku. "Ini amoi angkat dari itu longkang" Ai Ling jawapkan bagi pihak aku sambil jarinya tunjuk lokasi 'kejadian'. "Oooo... banyak telima kaseee aaaa... wa sutah (sudah) cali (cari) lua (dua) hali (hari) oooo..." cerita si lelaki itu. "Bagus uncle datang, saya dah taktau nak buat apa lagi, sian dia" sambungku pula. " Oiiiii.. budakkkk2.. naik bas laaaaaaaaaaaa" jerit tauke bas kali ke-2. " Ok haaa... uncle, u angkat, kami mau sekola" Ai Ling bersuara sambil menarik tanganku dan kami terus tinggalkan uncle bersama si kecilnya. " tilima kaseeee (terima kasih)" kata lelaki itu sambil melambai babai kepada kami.
heheheh... -sekian-
No comments:
Post a Comment