Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
(korus)
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
(ulang korus)
lagu ini.. aku suka... ia betul-betul kena pada aku... kecuali, impian 'dipeluk dalam dakapan' bukan ketika tiada ikatan sah... tetapi sebaliknya... hehehe..
bagusnya lirik ni, aku suka.. sangat-sangat suka.. simple but meaningful bagi orang yang macam aku... insan yang tak sempurna dan tidak cantik cuma ada hati yang ikhlas untuk mencintai dia seorang teman yang bakal diberikan Allah apabila tiba tikanya nanti... aku sabar menanti :).. aku tidak mahu kisah dongeng sahaja tapi realiti dalam hidup aku ;)
No comments:
Post a Comment