semalam, sekali lagi aku diduga.. pintu bilik terkunci.. dah siap masak nasi lemak untuk berbuka. Azan berkumandang, aku berbuka dgn kurma dulu. lepas tu cari air.. air pulak aku letak dibilik. hmm... pulas aje tombol pintu, aku dah tau terkunci! huwaaaa... dah 2 kali sejak pindah rumah baru.. cuainya aku. sampai satu tahap, aku sentiasa remind akal supaya hal tu tak berulang. tapi tak sangka, tah bila.. aku buat lg.. dalam keadan baru lepas masak (maksudnya belum mandi.. belum solat) aku dengan selamba bgtau kawan serumah. masalahnya aku takde pendua... dan kerana yakin sesangat, aku kata nak cuba bukak guna plastik (Ni resepi zaman di Uitm dulu2, asal terkunci bilik jer, amik plastik, xray atau kad telefon yg expired then masukdi celah pintu. Kalo plastik dari bawah pintu.. tarik sampai ke tombol... lepas tu, mula la goncangkan pintu tu sambil plastik tadi ditarik ke atas) Hari tu aku berjaya... tapi tak sangka kali ni, gagal. 1 jam aku usaha... kawan serumah pun aku tak benarkan tolong, sebab dia mengandung... tapi kerana kesian, dia ada cuba2 jugak.
aku larang dan larang... dari masa ke masa.. aku terus cuba.. sampai guna 3 plastik.. hancur.. hahahaha... aduiiii... kawan serumah bg kad plastik yg letak nama dan jawatan (ada jual kat mydin) aikk.. mydin la pulak... (apapunnn tklehh). Masih tak berjaya... tapak tangan kanan dah bengkak.. goncangan pintu kejap kuat kejap perlahan, sambil2 mulut ngomel, "Ya ahmad albab.. tolong la bukak".. Kadang-kadang risau kalau2 jiran atas bawah tepi marah sebab bising.. bila penat aku rehat jap. at last, kawan serumah bg cadangan, cuba tanya tuan rumah kalau2 ada spare key. lepas call tuan rumah kata tak jumpa lak, aku bg cadangan nak bukak tombol tu. nasib la tuan rumah setuju.. kemudian, bermula la operasi aku guna screw apa tah nama dia. aku cuba bukak penutup tombol tu.. ketuk dua tiga kali, takmau pulak bukak. dah penat... tapi sempat jugak aku bebuka dengan nasi lemak buatan aku tu. cumanya selera jd kurang..
lepas makan, aku amik screw tu aku jolok ke lubang kunci di tombol.. sambil landing di dinding.. cakap "Ya Allah, tolong la bukakkan pintu niii, aku nak mandi solat buat keje pejabat.. n last nak tidooo" dan tangan kanan terus dan terus pusing kiri dan kanan sambil pegang screw tadi.. tiba2... "Tap tap tapp!!" hah... aku tegamam.. kawan serumah terus bingkas, dia cuba pulas tombol.. dannn, alhamdulillahhh.. berjaya... aku hari tu jadilah 'Mek gyver" kahkahkahkah.... kerana penat aku rehat kejap dalam 15 minit. Then aku mandi, solat... bukak laptop.. nak buat keje.. tapi kerana letih, pastu software pulak tak suitable... aku terus off.. sedar tak sedar baru jam 10.30pm. taktau la kalo jiran sebelah amik tau pasal kes aku terkunci tu. ahhh... bukan aku mintakk... apapun sume dah selesai..
sekarang nak tido.. before lemparkan badan atas tilam power, aku menjengah ke tingkap. hujan renyai2... dan ada sebuah kisah lagi... buat hati aku tersentuh....
ada sebuah myv putih, behenti di bawah flat. seorang lelaki turun dari side pemandu.. sambil berlari lari anak, dia bukak pintu belakang belah kirinya. aku nampak ada kerusi roda, hati berkata... dia mungkin bawak mak dia agaknya.. atau nenek ke. tapi sangkaan aku meleset.. tiba2, pintu kiri belah pemandu dibuka. aku nampak seorang lelaki agak perfect.. ditambah hensem.. gayanya seperti usia 25 ke bawah.. pakai cap.. aku perhatikan mereka.. kerana ada satu situasi buat aku menitik air mata. lelaki yang perfect itu rupanya.. tidak mampu berdiri lama.. inikan pula berjalan. kawannya keluarkan wheelchair, bukak segera kerusi tu dan letak atas koridor tepi keretanya. hujan masih renyai2.. kesian pulak.. lelaki tadi tanpa menunggu lama terus meletakkan lapik punggungnya di atas kerusi tu dan segera duduk... aku tgk dia menggigil waktu berdiri. terpaksa pegang kiri dan kanan, kalau ikutkan dia tak la gemuk.. luarannya perfect. aku tak nampak walau sikit pun calar mahupun kecederaan.. semua okey secara luaran... Ya Allah, aku sempurna.. tak perlu pertolongan orang lain.. aku dah enjak 30-an.. dan masih hebat!.. Alhamdullilah...
kawannya terus tolak wheelchair lelaki itu, dan bawa ke lif.. hatiku memanjat kesyukuran, masih ada remaja/belia yang berhati mulia. moga Allah rahmati kawannya itu dan juga lelaki itu. Jauh disudut hatiku terdetik, harap2 Allah temukan aku dengan lelaki itu satu hari nanti.. aku nak tgk lebih dekat... bukan niat buruk, cuma tiba2 rasa nak kenal, siapakah lelaki istimewa itu? Sebab dia berani keluar dari rumah... pada aku itu dah kira dia seorang yang kuat semangat!... moga dia tak jdkan kekurangannya satu perkara yang melemahkan dia.. moga dia tabah. aminn...
No comments:
Post a Comment