Wednesday, 4 April 2012

'Hati'

Berat mata memandang, berat lagi yang memikulnya..
Berat hati dirindui, berat lagi yang menanggungnya..

Sekali lagi ia berlaku, perasaan indah itu menjengah tanpa diundang
Sekali lagi terasa 'sakit' kerana orang yang diingini itu..
adalah orang yang wujud didepan mata tapi jauh dihati..

Tak pernah bersuara, sekadar teguran sepintas lalu..
Bodohkah 'hati' ini??

Sering diuji dengan 'hati' dia tanpa dia tahu..
yakinku, dia juga tidak sedar wujudnya 'hatiku' ini untuk dia..

Moga Allah berikan kekuatan untuk tanggung semua ini..
sehingga ia berakhir 'segera'

Air mata belum penat mengalir..
Menemani di setiap waktu 'rindu' menjengah..

'Sakit' bagai ditusuk sesuatu..
Rasa 'pedih' tak terkata..

Air mata sekali lagi berikan tanda..
Sabar dan terus sabar..
Jangan bersuara..

Diam dan terus diam..
Membisu bersama 'sejuta' makna..

Tahan dan terus bertahan..
Kerana ujian ini..
Tanda Dia sayangkan aku..

Amin..

No comments:

Post a Comment