Monday, 15 August 2011

KISAH HAIWAN DALAM HIDUPKU (cite 2...)

Operasi Bantu Si Tupai

Pada suatu hari, dikampungku ada musim buah rambai. Pulak tu disusuli dengan musim hujan, aku suka memanjat pokok rambai dan memakan buahnya yang ranum dan sungguh syokkk... (makan di atas pokok tu la)... namun kerana usia yang semakin meningkat, tak silap aku, umur aku tingkatan 2 waktu tu, aku tidak dibenarkan memanjat pokok itu lagi. Pesan abah, jadikan anak dara yang sopan lemah lembut. hehehehe... demi abah, ku ikut ajelah.. kerana dialah abah, dialah mak... nanti kalo tak ikut, jatuh abah jugak yang susah.. sayang abah... oleh itu, aku dah tak boleh bermenung di atas pokok rambai lagi.. sekadar menjolok  buah dari bawah dan menikmatinya ditepi kolam berudu semulajadi dalam kebun cute kami.

Suatu petang, adik dan sepupu mengajakku ke pokok rambai itu lagi. Sepupu aku terus mencapai galah buluh yang telah dibuat oleh abah aku. Dia memulakan operasi menyepit tangkai buah rambai menggunakan galah tadi. Caranya, dia masukkan tangkai utama buah rambai di tengah2 hujung galah tadi (abah dah ejas hujung buluh untuk bolehkan tangkai diselit) dan sepupu aku membelit belit tangkai tersebut, 2 hinga 3 kali. Bila dirasakan telah kukuh antara tangkai dengan buluh itu tadi, sepupu aku terus menyentap galah tersebut, maka berjurailah jatuh buah2 rambai. Tugas aku dan adik hanyalah mengutip buah-buah yang bergelimpangan di tanah serta yang masih tersangkut di galah sambil makan (hehehehe)... aku kutip dan letak diatas baju t-shirt yang aku pakai. (baju tu aku tarik bahagian depan bawah kedepan.... bila terasa dah penuh, aku taburkan semula di sebelah batang pisang yang baru ditebang beberapa hari lalu oleh tok mudim. (tempat kami melepak, batang pisang itu dijadikan tempat duduk sementara belum lunyai)... kemudian kami berehat seketika sambil makan rambai2 tersebut..

Datang pula pakcik aku mengambil galah dah meneruskan operasi mengait buah rambai. Sedang syokk mengait.. tiba2.. critt crittt critttttt critttttttttt.... (agak nyaringgg).. aku bingkas bangun dan terkam pakcik aku. makin kuat bunyinyaa.. critt crittt crittttt... aku tercari cari bunyi apakah itu?? Begitu juga adik dan sepupuku... masing2 mata melilau mencari bunyi nyaring yang tak henti2 tu.. apabila pakcikku menurunkan hujung galahnya, baru kami perasan, bukan buah yang pakcik aku kait, tetapi seekor anak tupaiii... critt crittt criiittttt... meronta-ronta si anak tupai cuba melepaskan diri. tangannya tersepit ditengah2 buluh itu tadi. Semakin kuat rintihan si anak tupai.. buat aku semakin kelam kabut kerana kasihan. Pakcikku melepaskan galah ke tanah, namun si anak tupai masih melekat di hujung galah  itu.

Darah mula mengalir!.. Aku makin kaget!.. Aku nampak matanya ada air... air mata!.. pehhhh si anak tupai menangis kesakitan! Tanpa berfikir panjang, aku terus memegang si anak tupai yang sudah kaku! Satu tangan, aku pegang badannya, dan satu tangan lagi sedang bekerjasama cuba meleraikan antara galah dan si anak tupai itu. Pakcik, adik dan sepupu tak berani nak tolong aku.. mereka hanya tergamam dan menonton. Tengah dok berusaha menarik keluar si anak tupai... tiba2!!.. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakitttttttttttttnyaaaaaaaaaaaaaa (alamak!! takkan si anak tupai tu boleh cakap macam manusia???) Hmmmmm..... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... tolonggggggggg sakittttttttttt... rupanya si anak tupai tu pulak kaget! Ia tersedar dari kakunya dan kembali meronta ronta!! Yang pasti.. aku tak sedar bila si anak tupai tu dah bergayut pada jari telunjuk kiri aku!!

Caitttttttt... rupanya, gigi si anak tupai dah tersangkut pada tepi kuku jari telunjuk! Bayangkan..... ia tergantung gantung disitu. Aku pulak, dari sakit merasa kebass... darah memancut mancuttt... adik dan sepupu dan menangis. Pakcik aku dah pucat lesi... bila aku rasa sakit semula, aku terus hayunkan jari telunjukku itu dengan harapan, si anak tupai itu jatuh ke tanah atau melayang dari jariku!  hayun punya hayunn... (kuat gila hanyunan aku, ibarat kalo sepak budak sama umur aku waktu tu, boleh beterabur la gigi dia) heheheehhe... rupanya hayunan yg aku buat dah jadi macam buaian si anak tupai tu pulak!! sakitnya hanya Allah yang tauuuu.... arghhhhhhhhhhhhhhh, aku menjerit lagi. Kali ni aku terduduk di tanah dan biarkan tangan kiriku tersadai di tanah. Ketika itu, si anak tupai berjaya meloloskan giginya dari jari telunjukku dan melarikan diri (kira menyelamatkan diri dia la)... aku kembali kekebasan.... duduk diam2 atas tanah, aku biarkan darah terus menerus keluar dari jariku itu.

Aku tak sedar bila aku diangkat ke rumah dan dirawat oleh abahku sendiri. Yang pasti hari ni luka gigi si anak tupai masih berbekas dan menjadi kenangan forever. Hasil gigitannya, garisan pertama selepas kuku telunjukku itu, bengkoknya unik sikit dari kanan tapi masih selamat digunakan sehingga ke hari ini dan insyaallah hari esok, lusa dan selamanya... ;)

Sunday, 14 August 2011

KISAH HAIWAN DALAM HIDUPKU... (cite 1)

Operasi Selamatkan Anak Kecil

Pada suatu hari, aku naik bas sekolah macam biasa... waktu tu, aku tingkatan 3 (kalo tak silap). sampai satu port, aku turun dari bas pertama untuk pertukaran bas kedua yang akan bawak aku terus ke sekolah. sementara menanti operasi tukar-menukar, aku berdiri di tepi hujung longkang yang sarat dengan minyak. Minyak2 tu adalah daripada beberapa deretan kedai repair kereta dan motor.. memang punca utama pada banjir kilat area situ la. Tengah asyik melayan pandangan pagi, tengok kenderaan macam2 ke hulu hilir (almaklum port tukar bas tepi jalan sibuk)... aku terdengar sayup2.. uuuuuu..auuuuuuuu... (bunyik macam aku kenal).. telinga aku terus mencari cari dari mana datangnya bunyik tu... aauuuuu... au auuuuu (tersekat sekat)... aaaaauuuuuu.... (sesekali panjang bukyiknya dan agak kasar) sambil amati bunyi tu, aku tercari cari... dan terasa semakin dekat dengan lubang telinga kiriku.

Di kiriku adalah hujung longkang yang aku nyatakan tadi. Tanpe berlengah, terus aku membongkokkan badan untuk melihat lebih dekat, kalau2 ada 'sesuatu' yang hidup didalamnya. Oleh kerana airnya yang terlalu gelap dan pekat berminyak, aku duduk cangkung dan kepalaku semakin menunduk ke dalam lubang longkang tersebut. Tiba2...!!! aauuuuuu uuuu uuuuu.... terkejut aku!! sambil bingkas segera dan menjauhkan diri dari lubang itu, aku menggaru kepala yang tak gatal sambil berpikir apakah bende yang aku dengar dan nampak tadi??... Selang 5 minit, aku terus mencari sesuatu yang boleh aku gunakan untuk sentuh 'bende' yang aku nampak bergerak tadi. Aku macam berada dalam dunia aku sendiri, takde pelajar lain yang sedar akan aksi dan kelakuan pelikku. Kayu yang aku jumpa, aku gunakan untuk menguis 'bende hidup' tadi. Setiap kali terkena tubuhnya.. ia akan bersuara.. aaauuuuuuuuuuu... aauuuuu... (macam sedih lak bunyiknya)...

Sedang asyik menguis nguis, aku disergah oleh seorang sahabat berbangsa cina. Dia bertanyakan apa yang sedang aku lakukan, serta merta aku tunjukkan apa yang aku jumpa didalam lubang longkang tersebut. Sahabatku  segera menarik aku supaya menjauhkan diri. Namun aku kembali semula ke lubang tersebut  tanpa mengendahkan nasihat sahabatku. Mek cino ni kuat gak membebel.. hehehehhe.. namanya Ai Ling, baik budaknya.. mataku mengerling Ai Ling sambil kayu ditangan terus menguis nguis 'bende hidup' tu. Aku tak sedar sejak bila Ai Ling dah berdiri di belakang aku. "Anak anjinggg laaaaaaa..." tanpa sedar aku bersuara lantang hingga mengejutkan beberapa rakan sekolah lain. Semua sahabatku yang lain merapati lubang longkang sambil menunjukkan memek muka yang 'geli'. "Oi.. ko nak buat apa dengan anak anjing tu? Bia la... haram ko pegang la.. bodo la ko".. sergah seorang pelajar sekolah perempuan (Melayu) padaku. " Ya la.. koto oooo... aku bun (pun) tana pegang rr.." sambung seorang pelajar cina (lelaki). Ai Ling bersuara "Sudah la amoi... nanti haa baju u bun (pun) koto.. kita nak ke sekola maa...".

Aku tidak menghiraukan kata-kata sesiapapun.. aku terus bingkas bangun untuk mencari sesuatu yang bolehkan aku angkat anak anjing dari lubang berminyak tu. Setelah beberapa minit mencari.. aku terjumpa sebuku surat khabar lama atas gerai tak jauh dari lokasi bas kami parking. Aku segera mengambilnya, Ai Ling masih menunggu di tepi longkang tersebut. Matanya mengekor gerak langkahku hinggalah aku sampai di tepinya. "Amoi, u na buat hapa tu?? Macam mana u mau angkat itu anjing haa??" tanya Ai Ling sambil mengerut dahinya. Aku tak menjawab, sebaliknya terus bertindak! Aku bagi beg sekolahku kepada Ai Ling untuk dipegang, aku lapik tepi longkang dengan paper tadi untuk mudahkan aku membongkok dan memudahkan aku mencapai anak anjing tadi... seketika aku berpikir, macam mana nak pegang anak anjing tanpa perlu aku samak.

Kemudian aku ternampak plastik di tepi longkang dan aku teringat aku ada bungkus baju untuk aktiviti sukan. So aku masukkan dua2 tapak tanganku ke dalam plastik baju ku dan dilapik dengan plastik ke 2 yang aku jumpa tadi. Aku amati betul2.. dan yakin tidak ada kebocoran berlaku. Kebetulan dua2 plastik tu besar, so aku mudah untuk genggam si anak anjing tadi. Tapi.. aku berpikir lagi.. mesti tak jadi sebab plastik lawan minyak.. memang tak berjayanya.. jadi aku ambil baki paper tadi beberapa helai, aku masukkan ke dalam plastik beg yang kedua, kemudian aku mendepakan kedua tanganku mengikut lebar saiz plastik tersebut. Dan last sekali, aku pegang beberapa helai kertas dari luar plastik sambil membuat bentuk agak melengkong, dengan harapan mudah untuk aku cengkam badan anak anjing tadi....

"Ai Ling.. letak beg kat tepi, awak tolong pegang pinggang saya... saya mau angkat itu anak anjing sekarang" arahku kepada Ai Ling. Tanpa sepatah, Ai Ling hanya menuruti kataku. Pelajar-pelajar lain ada yang bersuara kegelian dan sedikit maki kepadaku, ada juga setia menunggu untuk melihat aksiku, tak kira lelaki atau perempuan...

Aku kembali membongkok seolah hendak bersujud atas paper yang telah aku hampar di tepi longkang tadi. Ai Ling segera memaut pinggangku.. untuk elak aku terjatuh ke dalam lubang longkang (tak begitu dalam, sekadar dari paras kaki ke peha aja ketinggian longkang tersebut, huhu)... setelah membongkok, aku terus mendepakan tangan sambil selaras dengan kedudukan anak anjing itu tadi.. sambil berdoa pada Allah... agar si anak anjing itu tidak meronta atau mengamuk, maka mudahlah aku memaut badannya untuk dibawa ke atas. Cubaan kali pertama.. gagal.. aku betulkan posisi kedudukan kedua kakiku, bila dah terasa ok dan selaras dengan kedudukan anak anjing tu, aku bongkok sekali lagi.. cengkam badan si kecil dan terus angkat laju2... dan letak di tepi para longkang. Nasiblah si kecil tu kaku sepanjang operasi menyelamat dilakukan. hehehehhe....

Tanpa berlengah, aku bangun dan ambil baki paper yang belum digunakan... mendekati si kecil dan terus membersihkan sebaik mungkin minyak2 yang melekat pada seluruh dirinya. Aku dah tak dengar apa saja percakapan budak2 di sekeliling aku... Ai Ling juga hanya membatukan diri sambil mata tak berkelip perhatian aksi aku. Aku pulak, selagi ada paper.. selagi tu aku tarik habis saki baki minyak di badannya... "Aiii butak2 (budak2) naik bas sikalangggg..." jerit tauke bas sekolah dan terus mematikan tindakan aku membersihkan si kecil tadi. "Alamak.. Ai Ling, macam mana ni?? Sian dia... minyak banyak lagi, hari nak ujan lak... aduhhhh...." sambil mataku melihat sekeliling mencari cari 'sesuatu' lagi yang mungkin boleh bantu si kecil tadi lebih selesa. Dalam keadaan agak kelam kabut... " Oi.. Lu apa bikin??" aku terus terpaku ke satu arah, melihat seorang lelaki cina berjalan ke arahku agak laju.

"Aiyaaaa.... ini aku punya anak oooo.. mana lu jumpa??" tanya lelaki tersebut kepada aku. "Ini amoi angkat dari itu longkang" Ai Ling jawapkan bagi pihak aku sambil jarinya tunjuk lokasi 'kejadian'. "Oooo... banyak telima kaseee aaaa... wa sutah (sudah) cali (cari) lua (dua) hali (hari) oooo..." cerita si lelaki itu. "Bagus uncle datang, saya dah taktau nak buat apa lagi, sian dia" sambungku pula. " Oiiiii.. budakkkk2.. naik bas laaaaaaaaaaaa" jerit tauke bas kali ke-2. " Ok haaa... uncle, u angkat, kami mau sekola" Ai Ling bersuara sambil menarik tanganku dan kami terus tinggalkan uncle bersama si kecilnya. " tilima kaseeee (terima kasih)" kata lelaki itu sambil melambai babai kepada kami.

heheheh... -sekian-

Monday, 11 July 2011

CERITAKU: 1 SENYUMAN LENYAPKAN 3 TAHUN KEBENCIAN

Part 1

Setiap kali terserempak mamat nie, sure aku kena carik jalan lain. Ntah la, sejak bile dan kenapa mamat nie suka sangat buat muke betapa die meluat@bencinya nengok muke aku. Heran bin ajaib, puas aku pikir ape aku dah buat sampaikan si mamat nie cukup benci pade aku. Mulenye aku pikir maybe pade sume pompuan die bersikap macam tu. Lepas edisi siasat dijalankan terbukti bukan itu sebabnye. Bile dah bosan, aku pun buat derk je setiap kali bertembung dengannye. Sehinggalah satu ketika, waktu tu aku baru nak makan kat cafeteria di fakulti aku.... baru nak melabuhkan punggung, aku tedengo suara yang aku cam. Bile toleh ke tempat bayaran, sah la si mamat nie. Apepun aku buat derk dan terus cari tempat untuk makan.

Ketika sedang syok melayan perut yg kelaparan.... belum sempat aku nak masukkn makanan ke dalam mulut, mamat tu tiba2 dok betul2 depan aku. Terngange aku.. sambil dalam atie tepikir, bukan ke si mamat nie benci sesangat nengok muke aku? Heran bin ajaib... kenapa bole dok depan aku lak?? sedangkan banyak lagi tempat lain yang kosong.. (sambil mulut masih tenganga). Kerana perut dah begendang.. aku teruskan agenda makanku. Suapan keduaku tergendala, sebb secara tak sengaja, ketika concerntrate nak memasukkan makanan dalam mulut, mata aku betul2 betentang dgn si mamat tu. Die jelas terkejut, macam nampak antu!! Kenapa? Haaaa.... tentu la pasal die tak sangka die terpilih tempat duduk yang tak strategik!. Ces!!! Boleh tak.. dalam keadaan kelam kabut si mamat nie terus angkat segala makanannye dan carik meja lain!!

kalot, memang kalot tol la mamat ni, aku bukan nak makan sepinggan pun, dah la meja lain2!! Cisssss..... hangin aku. Ape ker heynye!!!.. mana la aku tk tepikir yang die bencikn aku.. sebab waktu tu, aku sorang jer manusia yg sedang melahap waktu tu... memang time tu takde orang melainkan aku ngn die. Pelik betui la sikap si mamat tu. Kadang tepikir jugak, ke muke aku nie gaya alien?? atau muka tk sedar diri?? sampaikan bole buat die meluat@tekejut??!! Aku bukan kenal pun die sape, inilah pulak becakap ke atau begado.  Pening2....ye la, aku nie jenis suke pikir mende2 cam nie. Selagi takde jawapan selagi tu dalam otak aku ade tande '?'.

Nak lari dari si mamat nie?? Mane boleh!! Aku pun nak belajo gak... takkan kerana seorang manusia, aku kena mengalah...ishishishhhh.... dah nasib malang die, dapat sefakulti ngn aku. Nasib baik sikit tak satu kelas! Huhuhu....bagi aku sume tu langsung tak buat aku sedih. Ye la kan.. aku sedar siapa diri ini,huhuhu... idup perlu selambe, baru ade umphh!! Sahabat baik aku lak, suke sangat betanye kalo ade perubahan air muke aku. Bagus betul dak nie, mudah beno perasan. Aku lak jenis kalo...orang tanye, tanpe bepikir aku terus becerita panjang ngn die. Ye la mudah-mudahan aku dapat kurangkan kehairanan aku atau dapat sedikit jawapannye. Tapi malangnye, jawapan lain yang aku terima. Kate sahabat baik aku nie, si mamat nie telalu ramai peminat! Ces!... ape daaa... lain aku tanya, lain lak dijawab... aku dah tau, mesti sume oranag akan salah sangka kalo aku cerita.. nak minat ape kalo muke masam mencuke! Katenye lagik, senyumannye buatkan sume gegadis cairrrr.. pehhhhh, hebat bebeno yek??!! tambah sahabatku lagi jangan terkejut, sebab pensyarah pompuan punnnn minat yang amat kat si mamat nie!! Hahahahahahahhaaaamprakk toll! Lagik aku gerammmm. Knape dengan aku macam singa?? hermmmm muke masam! Masam! Dan masam!

..... kena pikir, apakah masalah antara aku dan mamat nie...