Wednesday, 19 October 2011

Terlintas: Jejaka tahi lalat

Salam pagi..

Berehat seketika, teringat satu cerita.. cerita diri. Sejak akhir-akhir ini, rajin pulak aku berjogs di tasik berdekatan rumah aku. Hampir setiap sabtu dan ahad, sekitar jam 6.15 petang, aku akan ke tasik itu untuk menghabiskan masaku berjogs.. mula-mula rasa segan sebab tempat itu menjadi tumpuan. mungkin aku akan kurang selesa untuk berlari dan bersenam.. tapi akhirnya aku berjaya buangkan jauh-jauh perasaan maluku dan buat-buat macam biasa, selamba. Selepas dua hari berjogs... terasa seronok, sebab tak perlu pergi jauh-jauh dan tak membazir minyak kereta. masuk minggu kedua, aku sambung aktiviti berjogs seperti biasa. Makin seronok, makin ramai juga kaum adam dan hawa bersama-sama berjogs. kadang kala ruang jadi terhad dan alatan bersenam seolah-olah perlu berebut.

Itu bukan masalah bagiku, sementara menunggu kekosongan alat senam, aku boleh berjogs kelilingi tasik 'comel' tu. Dan bila berpeluang untuk gunakan, aku pasti gunakan peluang itu. Cuma yang kurang selesanya, kehadiran bangsa asing yang majoritinya adalah warga bangladesh. itu memang buat aku rasa cuak dan kadang kala nak marah sebab mereka melepak dan kuat betul memerhati. ada juga rasa nak korek biji mata warga bangladesh tu! Aku guna walkman... jadi apa saja perkataan yang dikeluarkan oleh warga yang tidak diundang ni, tidak didengari aku.. kalau warga bangladesh menegur pun aku buat tak tau. buat-buat pekak. geram dan sakit hati! namun aku masih teruskan aktiviti aku tanpa memikirkan warga-warga yang tidak diundang tu. satu petang, aku turun dari flat hijau agak lewat, kira-kira 6.30 petang aku memulakan aktivitiku. tak sangka pula terserempak dengan kawan lama, kami berbual kira-kira 15 minit, jadi masa yang tinggal untuk bersenam terlalu singkat. aku tetap meneruskan senamanku, dan ketika itu aku tidak perasan sejak bila ada seorang jejaka ada didepanku joggings bersama.

Orang lain semakin mengundur diri dari kawasan tasik kerana jam menghampiri 7 malam. aku masih meneruskan usaha berjogs.. target aku setiap kali jogs.. pusing tasik sekurang-kurangnya 5 atau 6 kali (sama ada jogs atau berjalan).. tanpa sedar waktu magrib semakin begitu dekat. aku cuba menghabiskan pusingan terakhir dan ketika itu aku perasan hanya tinggal aku dan.. jejaka tadi. sepanjang berjogs, jejaka itu didepanku.. jadi secara tidak sengaja, pandanganku adalah ke arah depanku.. dan ada satu ketika pula, mataku tertumpu ke arah leher jejaka tadi. ada sesuatu yang menarik perhatianku, iaitu tahi lalatnya yang agak besar berada dileher kiri dari pandanganku. aku berasa tenang untuk meneruskan jogs kerana jejaka itu. sekurang-kurangnya ada 'peneman' secara tidak sengaja. dan sebagai perisai agar tidak diganggu oleh warga asing. aku cuba berjogs tidak jauh dari jejaka tahi lalat itu sehingga ke penghujung pusingan. dengan cara macam tu, aku yakin tiada warga asing yang berada sekitar tasik, mengganggu 'keselesaan' aku sebab mereka mungkin berfikir aku 'bersama' jejaka tahi lalat tu.

puas hati dapat laksanakan juga plan mingguan. thanks to jejaka tahi lalat. sebab kehadiran dia pada hari itu, membantu aku selesaikan hasrat jogs walau lewat petang. tiada gangguan warga itu, yang buat aku suka. sejak hari itu, untuk minggu-minggu yang seterusnya, kami sering bertembung, tapi aku tak boleh katakan itu 'jodoh bertemu', sebabnya, memandangkan jejaka tahi lalat itu pun tinggal dikawasan yang sama dan berjogs pun ditempat yang sama dan memandangkan itu adalah satu-satunya tempat terdekat untuk senaman, jadi, tidak mustahil kami sentiasa bertembung. waktu yang kami ambil pun lebih kurang sama.. aku tidak memikirkan lebih dari hendak berkawan. aku anggap jejaka tahi lalat sama macam kaum adam lain yang berjogs ditempat sama. nothing special.. aku pun sedar 'kedudukan' aku... bukan jadi tumpuan pun... hahahaha.. (ni gelak sakit hati) sebab aku jadi tumpuan warga itu! dan semua wanita lain yang  berjogs.. pasti menjadi santapan mata warga itu. aishhhh tak suka!! tak suka!!

apa boleh buat?? macam aku katakan tadi, situ aja tempat yang paling dekat. jadi.. mau atau tidak, gunalah apa yang ada dan menjimatkan.. hehehe.. minggu yang seterusnya, aku berjogs macam biasa, dan macam biasa tiba-tiba jejaka tahi lalat itu ada didepanku.. ntah bila dia melintas, aku sendiri tidak perasan. aku memang tak mau ambil tahu tentang sesapapun yang berjogs disitu, aku tidak melihat wajah mereka, aku hanya tumpu pada larianku. tapi.. jejaka tahi lalat itu menjadi tumpuanku secara tidak sengaja. mungkin kerana setiap kali diakhir jogsku.. hanya tinggal aku dan dia. aku tidak pernah melihat atau cuba-cuba memerhati wajahnya. jadi, kalau aku bertembung jejaka tahi lalat secara face to face, aku tidak akan 'cam'. melainkan kalau aku tengok dari belakang.. kemungkinan besar aku boleh 'cam' dia... penanda aras adalah tahi lalat besar belah kiri, belakang leher... itulah bukti yang aku akan gunakan setiap kali ada kaum adam didepanku yang kelihatan sepertinya.

aku tidak menunggu dia dan tidak terfikir-fikirkannya mahupun tercari-cari setiap kali berjogs disitu. Aku sudah motivasi diri 'jangan fikir tentang lelaki' sebab aku rasa aku dah penat memikirkan kaum adam yang masih belum masanya diberi Allah padaku. jujurnya, sesekali hal itu akan melintas dihati diakal... tapi aku mencuba sedaya upaya untuk tidak memikirkannya.. sebab aku jenis yang.. bila fikir, aku mengharap... at last, macam biasa apa yang aku harapkan sekadar kisah dongeng ciptaan aku. dan paling sedih, aku merana.. mungkin aku rasa aku dah bersedia, tapi sebenarnya Allah lebih tahu.. cinta dari seorang jejaka untuk aku adalah 'belum masanya'... sebab itulah aku tidak pernah memandang wajah jejaka tahi lalat, walau kadang-kadang aku rasa, dia ada juga sesekali memandangku.. atau betul-betul berada dihadapanku.. dan ketika itu, aku pasti akan mengalihkan pandanganku sama ada tengok kaki sendiri sambil berjogs.. atau toleh kiri atau kanan. yang penting aku tak nampak wajah jejaka tahi lalat itu. sebab aku tak mahu nanti, bila dah tengok dia, aku ingat wajah dia.. dan hati dan akal aku pula bersatu jadikan wajah jejaka tahi lalat itu sebagai watak utama dalam 'kisah dongeng' ku... aku ni suka berangan-angan.. tapi sekarang, dah penat.. sangat-sangat penat. aku mahu hentikan semua cerita dongengku... terima hidup tanpa 'teman' seadanya kerana Allah ada perancangan lebih baik dan sempurna untuk aku kelak. :)

namun baru-baru ini, aku nyaris-nyaris bertentangan mata dengan jejaka tahi lalat itu. macam biasa, aku jogs agak lewat. dia juga sama.. kehadiran mereka yang lain juga agak kurang dari yang biasa. setelah berjogs beberapa pusingan, dia bersenam dengan beberapa alat senaman.. (wah.. aku dah mula memerhati ke??) ketika larian aku semakin hampir dengan area dia bersenam, mataku tidak boleh dialih ke arah lain.. degil sungguh mataku!!.. dah bila semakin dekat.. aku semakin tewas dengan mataku sendiri. paksaan dari bahagian tubuh lain supaya hentikan pandangan mataku.. seolah tidak berjaya.. sehinggalah, dia dengan tiba-tiba menoleh ke arahku. dalam jarak yang agak dekat, bukan sahaja bahagian tubuhku yang lain terkejut, mataku sendiri tergamam bila perasan dia pandang ke arahku.. tapi.. alhamdulillahh.. serta merta, aku berjaya alihkan pandangan mataku ke kakiku! alhamdulillahhhh.. aku berjaya 'tidak melihat wajahnya'... aku berjayaaaa!!!... semoga akan terus kekal berjaya!..

aku perasan, dia memandangku agak lama... sebab lirikan mataku masih berbasi ketika itu.. aku biarkan. dia terus berlalu dari tempat alat senaman.. aku pula mengambil alih. pandanganku kembali ke arahnya.. aku melihat dia berlalu pergi.. aku tersenyum seorang tika terpandang tahi lalatnya.. senyumku dikala senja.. macam tak betul pun ada kot.. hahahaha... cerita ini hanya dari sudut aku sahaja.. jejaka tahi lalat tidak pernah berikan apa-apa.. melainkan kerana aku kenal tahi lalatnya.. dia ku jadikan tumpuan.. semua kerana mataku.. bukan aku.. tapi.. akalku pun bekerjasama... tapi lagi.. nampak gayanya, jari jemari aku pun mula memberi sokongan.. (sebab rancak menaip tentang jejaka tahi lalat).. hahaha.... padahal dia dengan dunianya.. mungkin! MUNGJKIN!!.. dia tidak kenal pun aku.. tidak perasan langsung kehadiran aku di tasik itu... hahahaha... apa boleh buat, ini kisah betul aku.. kisah dongeng realiti...

hmmm... kadang kala aku harap dia akan menegurku.. berkawan... tapi, untuk apa? kalau sekadar bertegur sapa.. tiada penghujungnya.. kalau dia ajak berkawan.. well, baru ok, at least separuh kisah dongeng aku menjadi nyata... smile-smile... hehehehe..

selepas aku puas guna alat senaman, aku segera bangun dan mulakan larian.. hari dah lewat, aku plan tak mau berada di tasik itu ketika azan berkumandang. sebab itu aku berjogs.. cepat la sampai ke penghujung tasik (tempat aku tutup senaman harian ku). dia sekadar berjalan... so, maknanya, aku bakal melepasi dia la.. dan waktu aku semakin menghampiri jejaka tahi lalat, ada pula seorang warga bangladesh entah dari mana berjalan seiring dengan dia.. so laluan yang tinggal untuk aku adalah ditengah-tengah keduanya. aku cuba memperlahan jogsku.. tapi waktu yang sama, warga bangladesh itu beri laluan, dan aku terus melepasi dia... dannnn at that time, aku perasan, jejaka tahi lalat menoleh kekiri.. setentang dengan pipiku.. kami begitu rapat, tak sampai sejengkal pun.. aku cuba melajukan larian, tapi entah kenapa, aku rasa macam aku lari setempat je.. hahahahaha.. tiba-tiba gementar hati.. walhal, aku sorang aja rasa macam tu...

aku terus larian sampai ke penghujungnya... aku berhenti menghadap blok kediamanku.. dan membuat senaman penutup... sesekali aku menoleh ke belakang, dia sedang menggunakan alat senam tidak jauh dariku.. dia sudahkan senamannya dengan berjalan sambil membuat senaman penutup. kami berselisih seperti biasa... dan dia berlalu pergi, begitu juga aku..... aku rasa kediaman dia blok A.. dan aku di blok D.. :)

end-
  


Lagu yang kena dengan diri: Kisah dongeng

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

(korus)

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela


Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan


Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

(ulang korus)

lagu ini.. aku suka... ia betul-betul kena pada aku... kecuali, impian 'dipeluk dalam dakapan' bukan ketika tiada ikatan sah... tetapi sebaliknya... hehehe..

bagusnya lirik ni, aku suka.. sangat-sangat suka.. simple but meaningful bagi orang yang macam aku... insan yang tak sempurna dan tidak cantik cuma ada hati yang ikhlas untuk mencintai dia seorang teman yang bakal diberikan Allah apabila tiba tikanya nanti... aku sabar menanti :).. aku tidak mahu kisah dongeng sahaja tapi realiti dalam hidup aku ;)

Wednesday, 7 September 2011

KONGSI ILMU dr kawan kpd kawan : Hikmah Zakat Fitrah

Apa hikmah diwajibkan zakat fitrah?

1. Sebagai pembersihan bagi orang yang berpuasa dan menampung kekurangan puasa mereka. Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‘Abbas r.a. yang menceritakan;

“Rasulullah telah mewajibkan zakat fitrah untuk menyucikan orang berpuasa dari perkara sia-sia dan ucapan-ucapan kotor dan juga sebagai makanan kepada fakir miskin” (Hadis riwayat Imam Abu Daud , Ibnu Majah dan al-Hakim).

Seorang ulama’ bernama Waki’ bin al-Jirah berkata; “Zakat fitrah bagi puasa Ramadhan seumpama sujud sahwi bagi solat di mana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat”. (al-Iqna’, jil. 1, hlm. 324)

2. Sebagai bantuan untuk orang miskin; iaitu untuk membantu mereka sekadar yang terdaya agar mereka dapat sama-sama bergembira dan menikmati makanan tatkala berhari-raya. Hikmah ini berdasarkan hadis dari Ibnu ‘Umar yang menceritakan;

“Rasulullah s.a.w. telah mewajibkan zakat fitrah dan baginda berpesan; “Cukupkanlah mereka (yakni orang-orang fakir miskin) pada hari ini (yakni hari raya puasa)””. (Riwayat Imam al-Baihaqi dan Daruqutni/lihat hadis ini dalam Nailul-Authar, Imam asy-Syaukani, bab Zakat al-Fitri)


diambil dari Encik Blogger http://fiqh-am.blogspot.com/

KONGSI ILMU dr kawan kpd kawan : Puasa Sunat (6 HARI SYAWAL)

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

KONGSI ILMU dr kawan kpd kawan : Menangani kekeliruan amalan puasa Rejab

Muslim patut laksana ibadah berdasarkan neraca ilmu agar segala perbuatan tidak sia-sia


BAGI sesetengah masyarakat Muslim, Rejab dianggap bulan penuh keberkatan dan fadilat. Rejab turut disebut sebagai bulan Allah SWT.

Justeru, didapati segelintir masyarakat amat suka melakukan amalan sunat khususnya berpuasa pada Rejab. Diriwayatkan hadis yang menceritakan fadilat puasa pada Rejab. Contohnya ada riwayat menyatakan amalan berpuasa satu hari pada Rejab ganjaran pahalanya menyamai puasa 40 tahun dan diberikan syurga paling tinggi.



Jika berpuasa dua hari, pahalanya dilipat gandakan, manakala amalan pahala pada 27 Rejab sama dengan pahala 40 bulan. Kalau dibuat pula sedekah pada hari berkenaan, pahalanya menyamai 1,000 tahun. Begitulah seterusnya. Namun ada pula dalam nada dan pandangan berbeza menafikan amalan berpuasa pada Rejab. Hujahnya ialah riwayat hadis fadilat Rejab ialah dhaif, sangat dhaif dan maudhuk (palsu).

Akhirnya timbul pula kekeliruan dalam masyarakat yang ingin beramal. Kekeliruan ini membawa kepada gejala negatif dan tidak sihat sehingga mewujudkan golongan yang langsung tidak mahu berpuasa pada Rejab kerana tiada fadilat dalam hadis yang sahih menurut pandangan mereka.

Bukan sekadar itu, wujud pula pertikaian di kalangan masyarakat yang berpuasa pada Rejab dengan masyarakat yang tidak berpuasa. Ada yang menangis kesal kerana sudah lama berpuasa pada Rejab. Rupa-rupanya amalan itu sia-sia dan tidak mendapat pahala. Alangkah rugi dirinya kerana melakukan perkara sia-sia.

Kekeliruan ini muncul kerana beberapa sebab. Antaranya kehilangan adab dalam memberikan pandangan dan kefahaman yang berbeza. Maka wujud golongan yang menyalahkan amalan orang lain, menyesatkan orang lain, memfasiq golongan lain dan pelbagai hukum yang buruk dilemparkan.

Mungkin datang seorang ustaz dalam kuliah agama membawakan riwayat hadis mengenai fadilat Rejab dan amalan baik. Pendengar di masjid bersemangat untuk melaksanakan amalan baik walaupun sedikit. Namun, dalam kuliah agama esok malam pula, ustaz lain membawakan hukum bahawa riwayat hadis dalam fadilat Rejab tidak benar. Begitulah malam seterusnya dengan pelbagai pandangan yang berbeza 180 darjah.

Sebagai individu Muslim, isu fadilat Rejab harus menjadi pemangkin kepada diri untuk menjana ke arah yang positif antaranya:
  • Sebelum memulakan sesuatu amalan, seeloknya biarlah berdasarkan neraca ilmu. Oleh itu, gali ilmu mengenai fadilat Rejab melalui pelbagai sumber. Kita boleh merujuk internet yang sarat dengan maklumat atau membaca buku mengenai fadilat Rejab serta amalannya. Bertanya kepada ahli ilmu, ustaz dan ulama untuk memperoleh kefahaman lebih jitu.
  • Jika diyakini ada fadilat Rejab walaupun hadisnya daif, namun diterima sebahagian ulama, maka beramallah. Amalan itu berdasarkan ilmu yang sudah digali.
  • Jika diyakini hadis mengenai fadilat Rejab adalah palsu dan sangat daif, maka tidak perlu beramal. Biarkan seketika amalan berkenaan. Lagipun jika ditinggalkan amalan, bukan satu kesalahan dan dosa. Amalan yang dinyatakan dalam riwayat hadis hanya termasuk dalam ibadah sunat. Pada masa sama, tidak wajar disesatkan masyarakat yang beramal kerana berpegang dengan fadilat Rejab. Biarlah perbincangan, muzakarah, diskusi dan wacana ilmu dalam suasana mahabbah dan harmoni.
  • Lebih baik lagi dibuat amalan yang pasti ketika Rejab. Dalam amalan berpuasa, ada hadis sahih menerangkan puasa sunat. Contohnya puasa tiga hari setiap bulan. Hadis ini ada dalam riwayat Imam Muslim. Antara amalan Nabi Muhammad SAW ialah berpuasa pada Isnin dan Khamis seperti riwayat Imam Muslim. Begitu juga puasa pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan seperti diriwayatkan Sunan Abi Daud.
  • Oleh itu, antara dua pandangan berbeza mengenai fadilat puasa ketika Rejab, berpuasalah pada Isnin dan Khamis. Juga berpuasa pada 13, 14 dan 15 Rejab. Dalam puasa sunat ini pun, bilangannya sudah 10 hari. Kalau hukum sebenar bahawa tiada fadilat bagi Rejab, Alhamdulillah kerana kita berpuasa dengan sunnah Nabi SAW. Jika hukum sebenar ada fadilat bagi Rejab, syukur kepada Allah SWT kerana kita juga berpuasa sunat.


Bagi yang sudah lama beramal dengan fadilat Rejab, namun kini mungkin diyakininya hadisnya tidak sahih, jangan bersedih. Amalan baik yang dibuat insya-Allah tidak akan sia-sia. Hendaklah disedari bahawa Allah itu sifat-Nya maha pengampun. Rahmat Allah meliputi segala sesuatu. Sudah tentu hasil jerih seseorang insan beribadat sekadar kemampuan yang ada akan diganjari.

Umum firman Allah mafhumnya: Sesungguhnya Allah tidak mensia-siakan pahala golongan yang berbuat baik. (Surah at-Taubah: 120). Dalam surah Aali Imran ayat 171, Allah azza wajalla tidak akan mensia-siakan pahala golongan beriman.

Sesungguhnya ilmu itu amat luas. Ilmu yang dikurniakan tidaklah banyak. Sewajarnya ilmu yang ada dicari dan dihadami, maka biarlah amalan itu berdasarkan neraca ilmu, bukan lagi ikut-ikutan.

KONGSI ILMU dr kawan kpd kawan : rahsia solat 5 waktu

Ditanya Nabi SAW, apakah amalan yang sebaiknya, maka bersabda Nabi : Solat di awal waktunya” ( Riwayat oleh At-Tirmidzi dan Abu Daud, Al-Albani menshohihkannya)

Nabi SAW bersabda. Ertinya : “Tangguhlah sehingga sejuk bagi solat zohor, kerana... kekuatan panas (matahari) adalah dari bahang neraka jahannam.” ( Hadith shohih riwayat Al-Bukhari).

SUBUH
Waktu solat subuh adalah dimulai setelah terbit fajar shadiq sampai terbitnya matahari.

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi ...warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.


ZUHUR
Waktu solat zuhur adalah dimulai sejak matahari tergelincir ke barat dan berakhir di saat bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang itu sama betul panjangnya dengan kayu tersebut.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq &... dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?


ASAR
Waktu solat asar adalah dimulai setelah waktu Zuhur tamat, iaitu ketika bayangan sesuatu benda seperti kayu panjang, sama panjang dengan bendanya dan berakhir setelah matahari terbenam.

Warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita ;)


MAHGRIB
Waktu solat mahgrib adalah dimulai setelah terbenamnya matahari dan berakhir apabila mega merah telah hilang dan tidak kelihatan.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka bergema dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interference(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


ISYA'
Waktu solat isya’ adalah dimulai setelah hilangnya mega merah sampai terbitnya fajar shadiq iaitu subuh.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Monday, 15 August 2011

KISAH HAIWAN DALAM HIDUPKU (cite 2...)

Operasi Bantu Si Tupai

Pada suatu hari, dikampungku ada musim buah rambai. Pulak tu disusuli dengan musim hujan, aku suka memanjat pokok rambai dan memakan buahnya yang ranum dan sungguh syokkk... (makan di atas pokok tu la)... namun kerana usia yang semakin meningkat, tak silap aku, umur aku tingkatan 2 waktu tu, aku tidak dibenarkan memanjat pokok itu lagi. Pesan abah, jadikan anak dara yang sopan lemah lembut. hehehehe... demi abah, ku ikut ajelah.. kerana dialah abah, dialah mak... nanti kalo tak ikut, jatuh abah jugak yang susah.. sayang abah... oleh itu, aku dah tak boleh bermenung di atas pokok rambai lagi.. sekadar menjolok  buah dari bawah dan menikmatinya ditepi kolam berudu semulajadi dalam kebun cute kami.

Suatu petang, adik dan sepupu mengajakku ke pokok rambai itu lagi. Sepupu aku terus mencapai galah buluh yang telah dibuat oleh abah aku. Dia memulakan operasi menyepit tangkai buah rambai menggunakan galah tadi. Caranya, dia masukkan tangkai utama buah rambai di tengah2 hujung galah tadi (abah dah ejas hujung buluh untuk bolehkan tangkai diselit) dan sepupu aku membelit belit tangkai tersebut, 2 hinga 3 kali. Bila dirasakan telah kukuh antara tangkai dengan buluh itu tadi, sepupu aku terus menyentap galah tersebut, maka berjurailah jatuh buah2 rambai. Tugas aku dan adik hanyalah mengutip buah-buah yang bergelimpangan di tanah serta yang masih tersangkut di galah sambil makan (hehehehe)... aku kutip dan letak diatas baju t-shirt yang aku pakai. (baju tu aku tarik bahagian depan bawah kedepan.... bila terasa dah penuh, aku taburkan semula di sebelah batang pisang yang baru ditebang beberapa hari lalu oleh tok mudim. (tempat kami melepak, batang pisang itu dijadikan tempat duduk sementara belum lunyai)... kemudian kami berehat seketika sambil makan rambai2 tersebut..

Datang pula pakcik aku mengambil galah dah meneruskan operasi mengait buah rambai. Sedang syokk mengait.. tiba2.. critt crittt critttttt critttttttttt.... (agak nyaringgg).. aku bingkas bangun dan terkam pakcik aku. makin kuat bunyinyaa.. critt crittt crittttt... aku tercari cari bunyi apakah itu?? Begitu juga adik dan sepupuku... masing2 mata melilau mencari bunyi nyaring yang tak henti2 tu.. apabila pakcikku menurunkan hujung galahnya, baru kami perasan, bukan buah yang pakcik aku kait, tetapi seekor anak tupaiii... critt crittt criiittttt... meronta-ronta si anak tupai cuba melepaskan diri. tangannya tersepit ditengah2 buluh itu tadi. Semakin kuat rintihan si anak tupai.. buat aku semakin kelam kabut kerana kasihan. Pakcikku melepaskan galah ke tanah, namun si anak tupai masih melekat di hujung galah  itu.

Darah mula mengalir!.. Aku makin kaget!.. Aku nampak matanya ada air... air mata!.. pehhhh si anak tupai menangis kesakitan! Tanpa berfikir panjang, aku terus memegang si anak tupai yang sudah kaku! Satu tangan, aku pegang badannya, dan satu tangan lagi sedang bekerjasama cuba meleraikan antara galah dan si anak tupai itu. Pakcik, adik dan sepupu tak berani nak tolong aku.. mereka hanya tergamam dan menonton. Tengah dok berusaha menarik keluar si anak tupai... tiba2!!.. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh sakitttttttttttttnyaaaaaaaaaaaaaa (alamak!! takkan si anak tupai tu boleh cakap macam manusia???) Hmmmmm..... arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... tolonggggggggg sakittttttttttt... rupanya si anak tupai tu pulak kaget! Ia tersedar dari kakunya dan kembali meronta ronta!! Yang pasti.. aku tak sedar bila si anak tupai tu dah bergayut pada jari telunjuk kiri aku!!

Caitttttttt... rupanya, gigi si anak tupai dah tersangkut pada tepi kuku jari telunjuk! Bayangkan..... ia tergantung gantung disitu. Aku pulak, dari sakit merasa kebass... darah memancut mancuttt... adik dan sepupu dan menangis. Pakcik aku dah pucat lesi... bila aku rasa sakit semula, aku terus hayunkan jari telunjukku itu dengan harapan, si anak tupai itu jatuh ke tanah atau melayang dari jariku!  hayun punya hayunn... (kuat gila hanyunan aku, ibarat kalo sepak budak sama umur aku waktu tu, boleh beterabur la gigi dia) heheheehhe... rupanya hayunan yg aku buat dah jadi macam buaian si anak tupai tu pulak!! sakitnya hanya Allah yang tauuuu.... arghhhhhhhhhhhhhhh, aku menjerit lagi. Kali ni aku terduduk di tanah dan biarkan tangan kiriku tersadai di tanah. Ketika itu, si anak tupai berjaya meloloskan giginya dari jari telunjukku dan melarikan diri (kira menyelamatkan diri dia la)... aku kembali kekebasan.... duduk diam2 atas tanah, aku biarkan darah terus menerus keluar dari jariku itu.

Aku tak sedar bila aku diangkat ke rumah dan dirawat oleh abahku sendiri. Yang pasti hari ni luka gigi si anak tupai masih berbekas dan menjadi kenangan forever. Hasil gigitannya, garisan pertama selepas kuku telunjukku itu, bengkoknya unik sikit dari kanan tapi masih selamat digunakan sehingga ke hari ini dan insyaallah hari esok, lusa dan selamanya... ;)