Broken heart..
Tidak sedar kali yang ke berapakah ia berlaku.
Ya, setiap yang diuji pastinya kerana Dia tahu kekuatan hambaNya.
Kadang kala penat benar hati diuji, bimbang juga kalau terluah pada masa dan tempat yang tidak kena.
Ingin rasanya semua derita perasaan ini terhenti, walau tiba-tiba.
Sakit, perit tak dapat digambarkan pabila menanggung 'cinta' yang tidak pernah diundang.
Sedangkan 'cinta' itu tidak tahu tentang 'cinta' ini, dia sentiasa bersahaja.
Rasa ingin marah terhadap 'cinta' ini.
Hampir setiap saat diri perlu melayan sakit 'cinta' ini.
Apakah dosa yang pernah dibuat?
Terfikir diri pernah melukakan hati seseorang, seolah tindakan itu berbalas.
Tapi siapa? Tak pernah sedaya ingatan ini.
Kerana diri bukanlah pilihan mereka, tak lain sekadar mengisi kekosongan.
Mereka ada yang mendekati tapi juga sekadar menumpang kesenangan.
Ada pula yang hadir dalam hidup kerana nafsu semata.
Marah terhadap kaum ini! sehingga bertekad bahawa hati tidak akan mudah melatah.
Namun hari ini, diri kalah... terlalu penat menyimpannya. Hanya Dia mengetahui.
Diri pasti 'cinta' itu tidak pernah tahu.
Doa diri pada 'cinta' itu, moga dia bahagia dengan kehidupannya.
"maafkan diri ini kerana 'cinta' dia tanpa pengetahuannya"
Malu rasanya dengan diri dan hati ini, suka-suka jatuh cinta pada 'cinta' itu.
Tak sedar diri benar.
Terkadang diri berharap, akan ada peristiwa yang menyedarkan 'cinta' ini tentang kedudukan diri dengan 'cinta' itu. Hingga tidak kisah jika 'cinta' itu memalukan diri ini.
Ya Allah.. berikanlah diri kekuatan untuk teruskan hidup tanpa mengharap 'cinta' ini dibalas oleh 'cinta' itu.
Tidak pernah terfikir, hanya kerana 1 teguran dari 'cinta' itu, ia bagaikan virus yang terus merebak dalam diri yang berpusat di hati ini. Indahnya jika ia berbalas, ahhhhhh!!! sedarlah wahai 'cinta' ini. tiada 'cinta' buatmu. Cukup cukuplah... Ya Allahhhh.....
Sunday, 13 May 2012
Saturday, 28 April 2012
Syukur..
Nikmat..
Ya Rabbi Alamin..
Alhamdulillah..
Rezekiku cukup!! hingga dapat berkongsi dengan adik beradik. Semoga Allah kekalkan rezekiku ini dan rezeki buat adik beradikku jua, amin.
Cintanya aku padaMu... Alhamdulillahh..
Semoga aku sihat dan akan terus sihat demi adik beradikku.. aminn..
Semoga sahabatku, rakan sejawatku, mereka yang mengenaliku, yang senantiasa mendoakan kebaikan kepadaku, adik beradikku dan arwah orang tuaku.. diberkati, murah rezeki, sihat.. bahagia selamanyaa.. aminn..
Semoga aku dan adik beradikku, senantiasa dibawah perlindunganMu..
Dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan hidup, kuat semangat, kuat pegangan agama, cintakanMu.. dan RasulMu.. terus dan terus hidup walau diduga bagai..
Ampunilah dosa2 arwah orang tuaku.. tempatkan keduanya di ruangan yang indah itu.. syurgaMu....
Ya Allah.. Yang Maha Esa, Engkaulah Yang Maha Satu.. Allahuuu Akbar...
Amanlah Bumi Malaysia.. daripada anasir2 yang mahu merampas dan menjatuhkan Negara dan agama kami...
Aku cinta padaMu... aminnn aminn.. Ya Robballl.. Alaminnn...
Ya Rabbi Alamin..
Alhamdulillah..
Rezekiku cukup!! hingga dapat berkongsi dengan adik beradik. Semoga Allah kekalkan rezekiku ini dan rezeki buat adik beradikku jua, amin.
Cintanya aku padaMu... Alhamdulillahh..
Semoga aku sihat dan akan terus sihat demi adik beradikku.. aminn..
Semoga sahabatku, rakan sejawatku, mereka yang mengenaliku, yang senantiasa mendoakan kebaikan kepadaku, adik beradikku dan arwah orang tuaku.. diberkati, murah rezeki, sihat.. bahagia selamanyaa.. aminn..
Semoga aku dan adik beradikku, senantiasa dibawah perlindunganMu..
Dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan hidup, kuat semangat, kuat pegangan agama, cintakanMu.. dan RasulMu.. terus dan terus hidup walau diduga bagai..
Ampunilah dosa2 arwah orang tuaku.. tempatkan keduanya di ruangan yang indah itu.. syurgaMu....
Ya Allah.. Yang Maha Esa, Engkaulah Yang Maha Satu.. Allahuuu Akbar...
Amanlah Bumi Malaysia.. daripada anasir2 yang mahu merampas dan menjatuhkan Negara dan agama kami...
Aku cinta padaMu... aminnn aminn.. Ya Robballl.. Alaminnn...
Bukakanlah hatimu
Duhai malam..
Teman hati..
Bersama bintang.. yang semakin segan munculkan diri..
Persis hatiku..
Aku juga.. hatiku juga.. menantimu, hatimu..
Benarkanlah.. benarkanlah.. bibirmu turuti hatimu..
Kerna ia adalah ikhlas.. indah..
lafazkanlah.. inginku dengar..
Tika itu.. pasti redup mataku..
Titisan air jernih.. hadir di pipi..
Betapa ia.. yang ku tunggu selama ini..
Akanku tunggu saat itu..
Akanku berikan masa untukmu..
Kerna kaulah impianku..
Teman hati..
Bersama bintang.. yang semakin segan munculkan diri..
Persis hatiku..
Aku juga.. hatiku juga.. menantimu, hatimu..
Benarkanlah.. benarkanlah.. bibirmu turuti hatimu..
Kerna ia adalah ikhlas.. indah..
lafazkanlah.. inginku dengar..
Tika itu.. pasti redup mataku..
Titisan air jernih.. hadir di pipi..
Betapa ia.. yang ku tunggu selama ini..
Akanku tunggu saat itu..
Akanku berikan masa untukmu..
Kerna kaulah impianku..
Wednesday, 4 April 2012
'Hati'
Berat mata memandang, berat lagi yang memikulnya..
Berat hati dirindui, berat lagi yang menanggungnya..
Sekali lagi ia berlaku, perasaan indah itu menjengah tanpa diundang
Sekali lagi terasa 'sakit' kerana orang yang diingini itu..
adalah orang yang wujud didepan mata tapi jauh dihati..
Tak pernah bersuara, sekadar teguran sepintas lalu..
Bodohkah 'hati' ini??
Sering diuji dengan 'hati' dia tanpa dia tahu..
yakinku, dia juga tidak sedar wujudnya 'hatiku' ini untuk dia..
Moga Allah berikan kekuatan untuk tanggung semua ini..
sehingga ia berakhir 'segera'
Air mata belum penat mengalir..
Menemani di setiap waktu 'rindu' menjengah..
'Sakit' bagai ditusuk sesuatu..
Rasa 'pedih' tak terkata..
Air mata sekali lagi berikan tanda..
Sabar dan terus sabar..
Jangan bersuara..
Diam dan terus diam..
Membisu bersama 'sejuta' makna..
Tahan dan terus bertahan..
Kerana ujian ini..
Tanda Dia sayangkan aku..
Amin..
Berat hati dirindui, berat lagi yang menanggungnya..
Sekali lagi ia berlaku, perasaan indah itu menjengah tanpa diundang
Sekali lagi terasa 'sakit' kerana orang yang diingini itu..
adalah orang yang wujud didepan mata tapi jauh dihati..
Tak pernah bersuara, sekadar teguran sepintas lalu..
Bodohkah 'hati' ini??
Sering diuji dengan 'hati' dia tanpa dia tahu..
yakinku, dia juga tidak sedar wujudnya 'hatiku' ini untuk dia..
Moga Allah berikan kekuatan untuk tanggung semua ini..
sehingga ia berakhir 'segera'
Air mata belum penat mengalir..
Menemani di setiap waktu 'rindu' menjengah..
'Sakit' bagai ditusuk sesuatu..
Rasa 'pedih' tak terkata..
Air mata sekali lagi berikan tanda..
Sabar dan terus sabar..
Jangan bersuara..
Diam dan terus diam..
Membisu bersama 'sejuta' makna..
Tahan dan terus bertahan..
Kerana ujian ini..
Tanda Dia sayangkan aku..
Amin..
Thursday, 16 February 2012
Tanggal 13 Feb 2012
Assalam..
Wahhh.. dah lama tak menaip di sini.. hmmm..
ada kisah nak dikongsi bersama mereka yang tersesat baca blog ni..
Selama ni aku fikirkan 'orang itu' agak angkuh.. sombong diri. sampai aku nak senyum sebagai tanda penghormatan pun tak mampu lantaran dia seolah tidak akan menyahut senyuman aku.
Satu pejabat.. tapi tak macam. Wajah aku agaknya adalah wajah yang buat kaum adam nyampah kot??
takpe, aku dah biasa pandangan begitu. Bila setiap kali aku terserempak dengannya, aku pasti akan buat tak tau.. dan tak tauu..
until one day, hmm tempat keje besebelah. aku perlu naik ke tingkat atas dari tempat asal, jadi secara tidak langsung aku akan sering bertembung denganya. but, aku masih buat tak tau.. sehinggalah ada satu ketika aku buka pintu aras aku tu, dan dia pula hendak keluar dari aras tu.
aku biarkan pintu tu terbuka luas, atas tujuan untuk orang yang pegang barang di belakang ku, dia macam 'perasan' ingat aku bukakkan untuk dia.. cehhhhhh... dah sombong, apahal aku nak tolong bukakkan??
dia berlalu dan secara tidak sengaja dia terperasan yang aku tak bukakkan untuk dia. dengan serta merta dia cakap ' ooo.. ada orang lain ek?' dan aku jawap 'hmmm...' sambil senyum kelat. (padan muka)
sejak dari tu, dia macam dah mula nak senyum2.. tapi masih nampak la berhati hati senyum tu. takut kalau2 aku pulak tak balas dan buat donooo... (tau pun)..
well.. at 13th feb, lain dah ceritanya, waktu petang aku jogs macam biasa.. then habis jogs, aku terus tuju ke pejabat (tempat parking kete) dan aku terserempak dia ni di parking area taman yg aku selalu jogs.
dia memang parking kete di 'taman astakona' tu.. tika berjalan tuju ke ketenya dan aku hendak melepasinya, aku cuba positifkan diri, aku dongak ke arah dia dan senyum..
wahhhhh.. sungguh tak ku sangka, dia senyum meleretttttt..... dan lebarrrr hahahahahha.... dan lagi... dia memulakan perbualan ringkas. ' joging ke?' dalam hati aku, dah aku pakai sut jogs.. pastu ada di taman jogs, tentu le jogs.. adoiiii.... hahahaha... tapi untuk menghormati pertanyaannya, aku jawab ' ha aa.. hehe'. dia sambung tanya 'joging kat mana? satu bulatan tasik tu ke? aikkkk.. tanya ke perli tu?? aku jawab je ' jogs belakang tu la... tak bulat pun.. separuh je' aku tak tau la dia paham ke buat2 paham. hahahahhaha... dan dia 'oooooo....' kami teruskan urusan kami masing2...
sekian... hikss
Wahhh.. dah lama tak menaip di sini.. hmmm..
ada kisah nak dikongsi bersama mereka yang tersesat baca blog ni..
Selama ni aku fikirkan 'orang itu' agak angkuh.. sombong diri. sampai aku nak senyum sebagai tanda penghormatan pun tak mampu lantaran dia seolah tidak akan menyahut senyuman aku.
Satu pejabat.. tapi tak macam. Wajah aku agaknya adalah wajah yang buat kaum adam nyampah kot??
takpe, aku dah biasa pandangan begitu. Bila setiap kali aku terserempak dengannya, aku pasti akan buat tak tau.. dan tak tauu..
until one day, hmm tempat keje besebelah. aku perlu naik ke tingkat atas dari tempat asal, jadi secara tidak langsung aku akan sering bertembung denganya. but, aku masih buat tak tau.. sehinggalah ada satu ketika aku buka pintu aras aku tu, dan dia pula hendak keluar dari aras tu.
aku biarkan pintu tu terbuka luas, atas tujuan untuk orang yang pegang barang di belakang ku, dia macam 'perasan' ingat aku bukakkan untuk dia.. cehhhhhh... dah sombong, apahal aku nak tolong bukakkan??
dia berlalu dan secara tidak sengaja dia terperasan yang aku tak bukakkan untuk dia. dengan serta merta dia cakap ' ooo.. ada orang lain ek?' dan aku jawap 'hmmm...' sambil senyum kelat. (padan muka)
sejak dari tu, dia macam dah mula nak senyum2.. tapi masih nampak la berhati hati senyum tu. takut kalau2 aku pulak tak balas dan buat donooo... (tau pun)..
well.. at 13th feb, lain dah ceritanya, waktu petang aku jogs macam biasa.. then habis jogs, aku terus tuju ke pejabat (tempat parking kete) dan aku terserempak dia ni di parking area taman yg aku selalu jogs.
dia memang parking kete di 'taman astakona' tu.. tika berjalan tuju ke ketenya dan aku hendak melepasinya, aku cuba positifkan diri, aku dongak ke arah dia dan senyum..
wahhhhh.. sungguh tak ku sangka, dia senyum meleretttttt..... dan lebarrrr hahahahahha.... dan lagi... dia memulakan perbualan ringkas. ' joging ke?' dalam hati aku, dah aku pakai sut jogs.. pastu ada di taman jogs, tentu le jogs.. adoiiii.... hahahaha... tapi untuk menghormati pertanyaannya, aku jawab ' ha aa.. hehe'. dia sambung tanya 'joging kat mana? satu bulatan tasik tu ke? aikkkk.. tanya ke perli tu?? aku jawab je ' jogs belakang tu la... tak bulat pun.. separuh je' aku tak tau la dia paham ke buat2 paham. hahahahhaha... dan dia 'oooooo....' kami teruskan urusan kami masing2...
sekian... hikss
Tuesday, 1 November 2011
Insaf seketika...
semalam, sekali lagi aku diduga.. pintu bilik terkunci.. dah siap masak nasi lemak untuk berbuka. Azan berkumandang, aku berbuka dgn kurma dulu. lepas tu cari air.. air pulak aku letak dibilik. hmm... pulas aje tombol pintu, aku dah tau terkunci! huwaaaa... dah 2 kali sejak pindah rumah baru.. cuainya aku. sampai satu tahap, aku sentiasa remind akal supaya hal tu tak berulang. tapi tak sangka, tah bila.. aku buat lg.. dalam keadan baru lepas masak (maksudnya belum mandi.. belum solat) aku dengan selamba bgtau kawan serumah. masalahnya aku takde pendua... dan kerana yakin sesangat, aku kata nak cuba bukak guna plastik (Ni resepi zaman di Uitm dulu2, asal terkunci bilik jer, amik plastik, xray atau kad telefon yg expired then masukdi celah pintu. Kalo plastik dari bawah pintu.. tarik sampai ke tombol... lepas tu, mula la goncangkan pintu tu sambil plastik tadi ditarik ke atas) Hari tu aku berjaya... tapi tak sangka kali ni, gagal. 1 jam aku usaha... kawan serumah pun aku tak benarkan tolong, sebab dia mengandung... tapi kerana kesian, dia ada cuba2 jugak.
aku larang dan larang... dari masa ke masa.. aku terus cuba.. sampai guna 3 plastik.. hancur.. hahahaha... aduiiii... kawan serumah bg kad plastik yg letak nama dan jawatan (ada jual kat mydin) aikk.. mydin la pulak... (apapunnn tklehh). Masih tak berjaya... tapak tangan kanan dah bengkak.. goncangan pintu kejap kuat kejap perlahan, sambil2 mulut ngomel, "Ya ahmad albab.. tolong la bukak".. Kadang-kadang risau kalau2 jiran atas bawah tepi marah sebab bising.. bila penat aku rehat jap. at last, kawan serumah bg cadangan, cuba tanya tuan rumah kalau2 ada spare key. lepas call tuan rumah kata tak jumpa lak, aku bg cadangan nak bukak tombol tu. nasib la tuan rumah setuju.. kemudian, bermula la operasi aku guna screw apa tah nama dia. aku cuba bukak penutup tombol tu.. ketuk dua tiga kali, takmau pulak bukak. dah penat... tapi sempat jugak aku bebuka dengan nasi lemak buatan aku tu. cumanya selera jd kurang..
lepas makan, aku amik screw tu aku jolok ke lubang kunci di tombol.. sambil landing di dinding.. cakap "Ya Allah, tolong la bukakkan pintu niii, aku nak mandi solat buat keje pejabat.. n last nak tidooo" dan tangan kanan terus dan terus pusing kiri dan kanan sambil pegang screw tadi.. tiba2... "Tap tap tapp!!" hah... aku tegamam.. kawan serumah terus bingkas, dia cuba pulas tombol.. dannn, alhamdulillahhh.. berjaya... aku hari tu jadilah 'Mek gyver" kahkahkahkah.... kerana penat aku rehat kejap dalam 15 minit. Then aku mandi, solat... bukak laptop.. nak buat keje.. tapi kerana letih, pastu software pulak tak suitable... aku terus off.. sedar tak sedar baru jam 10.30pm. taktau la kalo jiran sebelah amik tau pasal kes aku terkunci tu. ahhh... bukan aku mintakk... apapun sume dah selesai..
sekarang nak tido.. before lemparkan badan atas tilam power, aku menjengah ke tingkap. hujan renyai2... dan ada sebuah kisah lagi... buat hati aku tersentuh....
ada sebuah myv putih, behenti di bawah flat. seorang lelaki turun dari side pemandu.. sambil berlari lari anak, dia bukak pintu belakang belah kirinya. aku nampak ada kerusi roda, hati berkata... dia mungkin bawak mak dia agaknya.. atau nenek ke. tapi sangkaan aku meleset.. tiba2, pintu kiri belah pemandu dibuka. aku nampak seorang lelaki agak perfect.. ditambah hensem.. gayanya seperti usia 25 ke bawah.. pakai cap.. aku perhatikan mereka.. kerana ada satu situasi buat aku menitik air mata. lelaki yang perfect itu rupanya.. tidak mampu berdiri lama.. inikan pula berjalan. kawannya keluarkan wheelchair, bukak segera kerusi tu dan letak atas koridor tepi keretanya. hujan masih renyai2.. kesian pulak.. lelaki tadi tanpa menunggu lama terus meletakkan lapik punggungnya di atas kerusi tu dan segera duduk... aku tgk dia menggigil waktu berdiri. terpaksa pegang kiri dan kanan, kalau ikutkan dia tak la gemuk.. luarannya perfect. aku tak nampak walau sikit pun calar mahupun kecederaan.. semua okey secara luaran... Ya Allah, aku sempurna.. tak perlu pertolongan orang lain.. aku dah enjak 30-an.. dan masih hebat!.. Alhamdullilah...
kawannya terus tolak wheelchair lelaki itu, dan bawa ke lif.. hatiku memanjat kesyukuran, masih ada remaja/belia yang berhati mulia. moga Allah rahmati kawannya itu dan juga lelaki itu. Jauh disudut hatiku terdetik, harap2 Allah temukan aku dengan lelaki itu satu hari nanti.. aku nak tgk lebih dekat... bukan niat buruk, cuma tiba2 rasa nak kenal, siapakah lelaki istimewa itu? Sebab dia berani keluar dari rumah... pada aku itu dah kira dia seorang yang kuat semangat!... moga dia tak jdkan kekurangannya satu perkara yang melemahkan dia.. moga dia tabah. aminn...
Wednesday, 19 October 2011
Terlintas: Jejaka tahi lalat
Salam pagi..
Berehat seketika, teringat satu cerita.. cerita diri. Sejak akhir-akhir ini, rajin pulak aku berjogs di tasik berdekatan rumah aku. Hampir setiap sabtu dan ahad, sekitar jam 6.15 petang, aku akan ke tasik itu untuk menghabiskan masaku berjogs.. mula-mula rasa segan sebab tempat itu menjadi tumpuan. mungkin aku akan kurang selesa untuk berlari dan bersenam.. tapi akhirnya aku berjaya buangkan jauh-jauh perasaan maluku dan buat-buat macam biasa, selamba. Selepas dua hari berjogs... terasa seronok, sebab tak perlu pergi jauh-jauh dan tak membazir minyak kereta. masuk minggu kedua, aku sambung aktiviti berjogs seperti biasa. Makin seronok, makin ramai juga kaum adam dan hawa bersama-sama berjogs. kadang kala ruang jadi terhad dan alatan bersenam seolah-olah perlu berebut.
Itu bukan masalah bagiku, sementara menunggu kekosongan alat senam, aku boleh berjogs kelilingi tasik 'comel' tu. Dan bila berpeluang untuk gunakan, aku pasti gunakan peluang itu. Cuma yang kurang selesanya, kehadiran bangsa asing yang majoritinya adalah warga bangladesh. itu memang buat aku rasa cuak dan kadang kala nak marah sebab mereka melepak dan kuat betul memerhati. ada juga rasa nak korek biji mata warga bangladesh tu! Aku guna walkman... jadi apa saja perkataan yang dikeluarkan oleh warga yang tidak diundang ni, tidak didengari aku.. kalau warga bangladesh menegur pun aku buat tak tau. buat-buat pekak. geram dan sakit hati! namun aku masih teruskan aktiviti aku tanpa memikirkan warga-warga yang tidak diundang tu. satu petang, aku turun dari flat hijau agak lewat, kira-kira 6.30 petang aku memulakan aktivitiku. tak sangka pula terserempak dengan kawan lama, kami berbual kira-kira 15 minit, jadi masa yang tinggal untuk bersenam terlalu singkat. aku tetap meneruskan senamanku, dan ketika itu aku tidak perasan sejak bila ada seorang jejaka ada didepanku joggings bersama.
Orang lain semakin mengundur diri dari kawasan tasik kerana jam menghampiri 7 malam. aku masih meneruskan usaha berjogs.. target aku setiap kali jogs.. pusing tasik sekurang-kurangnya 5 atau 6 kali (sama ada jogs atau berjalan).. tanpa sedar waktu magrib semakin begitu dekat. aku cuba menghabiskan pusingan terakhir dan ketika itu aku perasan hanya tinggal aku dan.. jejaka tadi. sepanjang berjogs, jejaka itu didepanku.. jadi secara tidak sengaja, pandanganku adalah ke arah depanku.. dan ada satu ketika pula, mataku tertumpu ke arah leher jejaka tadi. ada sesuatu yang menarik perhatianku, iaitu tahi lalatnya yang agak besar berada dileher kiri dari pandanganku. aku berasa tenang untuk meneruskan jogs kerana jejaka itu. sekurang-kurangnya ada 'peneman' secara tidak sengaja. dan sebagai perisai agar tidak diganggu oleh warga asing. aku cuba berjogs tidak jauh dari jejaka tahi lalat itu sehingga ke penghujung pusingan. dengan cara macam tu, aku yakin tiada warga asing yang berada sekitar tasik, mengganggu 'keselesaan' aku sebab mereka mungkin berfikir aku 'bersama' jejaka tahi lalat tu.
puas hati dapat laksanakan juga plan mingguan. thanks to jejaka tahi lalat. sebab kehadiran dia pada hari itu, membantu aku selesaikan hasrat jogs walau lewat petang. tiada gangguan warga itu, yang buat aku suka. sejak hari itu, untuk minggu-minggu yang seterusnya, kami sering bertembung, tapi aku tak boleh katakan itu 'jodoh bertemu', sebabnya, memandangkan jejaka tahi lalat itu pun tinggal dikawasan yang sama dan berjogs pun ditempat yang sama dan memandangkan itu adalah satu-satunya tempat terdekat untuk senaman, jadi, tidak mustahil kami sentiasa bertembung. waktu yang kami ambil pun lebih kurang sama.. aku tidak memikirkan lebih dari hendak berkawan. aku anggap jejaka tahi lalat sama macam kaum adam lain yang berjogs ditempat sama. nothing special.. aku pun sedar 'kedudukan' aku... bukan jadi tumpuan pun... hahahaha.. (ni gelak sakit hati) sebab aku jadi tumpuan warga itu! dan semua wanita lain yang berjogs.. pasti menjadi santapan mata warga itu. aishhhh tak suka!! tak suka!!
apa boleh buat?? macam aku katakan tadi, situ aja tempat yang paling dekat. jadi.. mau atau tidak, gunalah apa yang ada dan menjimatkan.. hehehe.. minggu yang seterusnya, aku berjogs macam biasa, dan macam biasa tiba-tiba jejaka tahi lalat itu ada didepanku.. ntah bila dia melintas, aku sendiri tidak perasan. aku memang tak mau ambil tahu tentang sesapapun yang berjogs disitu, aku tidak melihat wajah mereka, aku hanya tumpu pada larianku. tapi.. jejaka tahi lalat itu menjadi tumpuanku secara tidak sengaja. mungkin kerana setiap kali diakhir jogsku.. hanya tinggal aku dan dia. aku tidak pernah melihat atau cuba-cuba memerhati wajahnya. jadi, kalau aku bertembung jejaka tahi lalat secara face to face, aku tidak akan 'cam'. melainkan kalau aku tengok dari belakang.. kemungkinan besar aku boleh 'cam' dia... penanda aras adalah tahi lalat besar belah kiri, belakang leher... itulah bukti yang aku akan gunakan setiap kali ada kaum adam didepanku yang kelihatan sepertinya.
aku tidak menunggu dia dan tidak terfikir-fikirkannya mahupun tercari-cari setiap kali berjogs disitu. Aku sudah motivasi diri 'jangan fikir tentang lelaki' sebab aku rasa aku dah penat memikirkan kaum adam yang masih belum masanya diberi Allah padaku. jujurnya, sesekali hal itu akan melintas dihati diakal... tapi aku mencuba sedaya upaya untuk tidak memikirkannya.. sebab aku jenis yang.. bila fikir, aku mengharap... at last, macam biasa apa yang aku harapkan sekadar kisah dongeng ciptaan aku. dan paling sedih, aku merana.. mungkin aku rasa aku dah bersedia, tapi sebenarnya Allah lebih tahu.. cinta dari seorang jejaka untuk aku adalah 'belum masanya'... sebab itulah aku tidak pernah memandang wajah jejaka tahi lalat, walau kadang-kadang aku rasa, dia ada juga sesekali memandangku.. atau betul-betul berada dihadapanku.. dan ketika itu, aku pasti akan mengalihkan pandanganku sama ada tengok kaki sendiri sambil berjogs.. atau toleh kiri atau kanan. yang penting aku tak nampak wajah jejaka tahi lalat itu. sebab aku tak mahu nanti, bila dah tengok dia, aku ingat wajah dia.. dan hati dan akal aku pula bersatu jadikan wajah jejaka tahi lalat itu sebagai watak utama dalam 'kisah dongeng' ku... aku ni suka berangan-angan.. tapi sekarang, dah penat.. sangat-sangat penat. aku mahu hentikan semua cerita dongengku... terima hidup tanpa 'teman' seadanya kerana Allah ada perancangan lebih baik dan sempurna untuk aku kelak. :)
namun baru-baru ini, aku nyaris-nyaris bertentangan mata dengan jejaka tahi lalat itu. macam biasa, aku jogs agak lewat. dia juga sama.. kehadiran mereka yang lain juga agak kurang dari yang biasa. setelah berjogs beberapa pusingan, dia bersenam dengan beberapa alat senaman.. (wah.. aku dah mula memerhati ke??) ketika larian aku semakin hampir dengan area dia bersenam, mataku tidak boleh dialih ke arah lain.. degil sungguh mataku!!.. dah bila semakin dekat.. aku semakin tewas dengan mataku sendiri. paksaan dari bahagian tubuh lain supaya hentikan pandangan mataku.. seolah tidak berjaya.. sehinggalah, dia dengan tiba-tiba menoleh ke arahku. dalam jarak yang agak dekat, bukan sahaja bahagian tubuhku yang lain terkejut, mataku sendiri tergamam bila perasan dia pandang ke arahku.. tapi.. alhamdulillahh.. serta merta, aku berjaya alihkan pandangan mataku ke kakiku! alhamdulillahhhh.. aku berjaya 'tidak melihat wajahnya'... aku berjayaaaa!!!... semoga akan terus kekal berjaya!..
aku perasan, dia memandangku agak lama... sebab lirikan mataku masih berbasi ketika itu.. aku biarkan. dia terus berlalu dari tempat alat senaman.. aku pula mengambil alih. pandanganku kembali ke arahnya.. aku melihat dia berlalu pergi.. aku tersenyum seorang tika terpandang tahi lalatnya.. senyumku dikala senja.. macam tak betul pun ada kot.. hahahaha... cerita ini hanya dari sudut aku sahaja.. jejaka tahi lalat tidak pernah berikan apa-apa.. melainkan kerana aku kenal tahi lalatnya.. dia ku jadikan tumpuan.. semua kerana mataku.. bukan aku.. tapi.. akalku pun bekerjasama... tapi lagi.. nampak gayanya, jari jemari aku pun mula memberi sokongan.. (sebab rancak menaip tentang jejaka tahi lalat).. hahaha.... padahal dia dengan dunianya.. mungkin! MUNGJKIN!!.. dia tidak kenal pun aku.. tidak perasan langsung kehadiran aku di tasik itu... hahahaha... apa boleh buat, ini kisah betul aku.. kisah dongeng realiti...
hmmm... kadang kala aku harap dia akan menegurku.. berkawan... tapi, untuk apa? kalau sekadar bertegur sapa.. tiada penghujungnya.. kalau dia ajak berkawan.. well, baru ok, at least separuh kisah dongeng aku menjadi nyata... smile-smile... hehehehe..
selepas aku puas guna alat senaman, aku segera bangun dan mulakan larian.. hari dah lewat, aku plan tak mau berada di tasik itu ketika azan berkumandang. sebab itu aku berjogs.. cepat la sampai ke penghujung tasik (tempat aku tutup senaman harian ku). dia sekadar berjalan... so, maknanya, aku bakal melepasi dia la.. dan waktu aku semakin menghampiri jejaka tahi lalat, ada pula seorang warga bangladesh entah dari mana berjalan seiring dengan dia.. so laluan yang tinggal untuk aku adalah ditengah-tengah keduanya. aku cuba memperlahan jogsku.. tapi waktu yang sama, warga bangladesh itu beri laluan, dan aku terus melepasi dia... dannnn at that time, aku perasan, jejaka tahi lalat menoleh kekiri.. setentang dengan pipiku.. kami begitu rapat, tak sampai sejengkal pun.. aku cuba melajukan larian, tapi entah kenapa, aku rasa macam aku lari setempat je.. hahahahaha.. tiba-tiba gementar hati.. walhal, aku sorang aja rasa macam tu...
aku terus larian sampai ke penghujungnya... aku berhenti menghadap blok kediamanku.. dan membuat senaman penutup... sesekali aku menoleh ke belakang, dia sedang menggunakan alat senam tidak jauh dariku.. dia sudahkan senamannya dengan berjalan sambil membuat senaman penutup. kami berselisih seperti biasa... dan dia berlalu pergi, begitu juga aku..... aku rasa kediaman dia blok A.. dan aku di blok D.. :)
end-
end-
Subscribe to:
Posts (Atom)
